|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 26/02/2015
AGROBANK: MAJLIS WALKABOUT PASAR TANI PAROI, SEREMBAN
Adalah dimaklumkan Agrobank akan mengadakan majlis Walkabout Pasar Tani yang dianjurkan bersama FAMA yang akan dihadiri oleh Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakub, YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA).
Tujuan ‘walkabout’ ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada pemasar untuk bertemu dengan pemimpin dan memberi pendedahan kepada mereka mengenai peluang pembiayaan yang disediakan oleh Agrobank..
Sehubungan dengan itu, pihak media dan wakil jurugambar dijemput hadir bagi membuat liputan majlis seperti berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 1 Mac 2015
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Pasar Tani Paroi, Seremban
Negeri Sembilan
PROGRAM:
MASA | AGENDA
9.00 pagi : Ketibaan tetamu jemputan
: Ketibaan Pegawai Kanan Agrobank, Bank Negara Malaysia,
FAMA
9.30 pagi : Ketibaan YB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
9.35 pagi : Bacaan Doa
9.40 pagi : YB Dato’ Sri Ismail Sabri B Yaakob
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
• Gimmik Menandatangani Plak
• Melawat tapak Pasar Tani Paroi Jaya
11.10 pagi : Lawatan ke Pameran Agrobank & Bank Negara Malaysia
• Penyampaian surat tawaran bagi pembiayaan mikro
: Sidang Akhbar
: Jamuan makan
12.30 tengahari : Slot Pocket Talk
Pihak Agrobank dan Bank Negara akan mengadakan sesi ini selama 30 minit selepas YB Menteri pulang.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.
SUMBER: AGROBANK
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Norzuleana, Eksekutif PR
Telefon Bimbit: 012-271 2537
Tel : 03-2731 1600 samb. 1655
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|