Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Khamis 05/03/2015

PROGRAM JALINAN KASIH DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN BERSAMA KOLEJ KOMUNITI WILAYAH PERAK

Program Jalinan Kasih DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan bersama Kolej Komuniti Wilayah Perak diadakan di Kolej Komuniti Gerik bertujuan:

i. Mempersembahkan kepada DYMM Raja Permaisuri Perak berkenaan peranan kolej komuniti terhadap masyarakat setempat amnya dan rakyat Negeri Perak khasnya.
ii. Mengeratkan hubungan antara DYMM Raja Permaisuri Perak dan rakyat melalui kolej komuniti.
iii. Meraikan komuniti setempat sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka terhadap peranan yang dijalankan oleh Kolej Komuniti Wilayah Perak amnya dan Kolej Komuniti Gerik khususnya.
iv. Melancarkan Buku Lagenda Hulu Perak yang menceritakan asal usul kampung-kampung yang terdapat di daerah Hulu Perak.
v. Mengadakan majlis perasmian Asrama Kolej Komuniti Gerik.

Sehubungan dengan itu, Kementerian menjemput wakil-wakil media hadir dan membuat liputan program yang bakal berlangsung pada ketetapan berikut:

Tetamu kehormat : DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim

Hari/Tarikh : Sabtu 7 Mac 2015

Masa : 9 pagi – 1.00 petang

Tempat : Kolej Komuniti Gerik, Bukit Nasah, 333300, Gerik , Perak

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program ini.

SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Mohd Na'aim Bin Harun
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Malaysia
Telefon Bimbit: 019-505 2052
Emel : naaim.harun@moe.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.