Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 06/03/2015

LIPUTAN MAJLIS KONVOKESYEN DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN PERUNCITAN PERNAMA – IPD, OPEN UNIVERSITI MALAYSIA (OUM)

Adalah dimaklumkan bahawa Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal (B), Pengerusi PERNAMA akan menyempurnakan Majlis Konvokesyen Pertama Diploma Eksekutif Pengurusan Peruncitan PERNAMA dan IPD, OUM pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 10 Mac 2015

Masa : 11.15 pagi

Tempat : Ibu Pejabat
Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)
Lot 6, Solok Waja 1
Kawasan Perindustrian Bukit Raja
Klang, Selangor

PROGRAM:

11.15 pagi : Ketibaan Para Jemputan dan Media

11.20 pagi: Ketibaan Tetamu Kehormat

11.30 pagi : Ketibaan Pengerusi PERNAMA,
Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal (B)

11.35 pagi : Perarakan masuk graduan

: Bacaan Doa

11.40 pagi : Ucapan oleh Pengurus Besar PERNAMA
Y.Bhg Datuk Ab Wahab Khalil

11.50 pagi : Ucapan oleh Pengerusi PERNAMA
Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal

12.00 t/hari: Upacara Penganugerahan Diploma oleh Y.Bhg Jeneral Tan Sri
Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal (B)

12.15 t/hari : Sesi Bergambar

12.30 t/hari : Majlis jamuan makan tengahari.

1.00 petang: Majlis tamat


Nota: Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Diploma Eksekutif Pengurusan Peruncitan antara Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) dan Open University Malaysia (OUM) telah di adakan di kampus induk OUM Kuala Lumpur pada 18 November 2013.

Program hasil usaha sama antara PERNAMA dan OUM itu meliputi dua tahun pengajian melibatkan 11 modul termasuk kertas projek serta latihan praktikal di kedai-kedai PERNAMA.

Program perintis yang bermula pada 2012 itu memberi peluang kepada kakitangan PERNAMA, pesara tentera dan juga orang awam yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, selain menjadi usahawan yang berjaya.


Sehubungan itu, tuan dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/ jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.

SUMBER: Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Haniza Hussin
(Akademi Peruncitan PERNAMA)
Tel: 03 3341 0572
Telefon Bimbit : 019 2700 378
Emel : haniza@pernama.com
Website : www.pernama.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.