|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 09/03/2015
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA BAGI KEJOHANAN ZAKAT CUP 2015 KALI KE -8 ANTARA PUSAT ZAKAT SELURUH NEGARA
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan Zakat Cup 2015 bagi kali ke-8. Ianya merupakan kejohanan badminton yang melibatkan 13 buah Pusat Zakat dari serata negara antaranya Indonesia dan Brunei. Butiran kejohanan yang berlangsung pada 13hb, 14hb dan 15 hb adalah seperti berikut :
1) Makan malam bagi cabutan undi kumpulan bersama Misbun Sidek.
Hari/Tarikh : Jumaat 13 Mac 2015
Masa : 8.00 malam
Tempat : Ting 7, Wisma Shamelin Perkasa, 68-1-6, Dataran Shamelin, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100, Cheras
(majlis makan malam dan pengundian kumpulan oleh lagenda badminton Negara, Misbun Sidek).
VIP PPZ : Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP
2) Kejohanan berlangsung :
a) Perasmian oleh Datuk Hj Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP.
Hari/ Tarikh : Sabtu 14 Mac 2015
Masa : 8.45 pagi - 10.00 malam
Perasmian : 9.00 pagi
Tempat : Stadium Badminton Kuala Lumpur,KM 6 Jalan Cheras, 56000, Kuala Lumpur.
b) Ucapan penutup dan penyampaian hadiah oleh Tuan Hj Azrin Hj Abdul Manan, Pengurus Besar Kanan Khidmat Pengurusan PPZ-MAIWP.
Hari/Tarikh : Ahad 15 Mac 2015
Masa : 8.00 pagi -1.00 tgh
Perasmian penutup : 12.30 tgh
Tempat : Stadium Badminton Kuala Lumpur, KM 6 Jalan Cheras, 56000, Kuala Lumpur.
Objektif kejohanan ini adalah meluaskan jaringan zakat antara 8 pusat zakat dalam dan luar negeri secara santai selain beriadhah, juga bagi merebut kembali Piala Pusingan Zakat yang dimenangi oleh Pusat Kutipan Zakat (Pahang), bagi kejohanan yang lalu.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program ini.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-5003547
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|