|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 11/03/2015
MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN LIMA 2015
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Karnival Pelancongan dan Kebudayaan sempena penganjuran LIMA’15, Karnival ini bermula pada 17 hingga 19 Mac 2015 di Medan Letak Kenderaan LADA, Kuah, Langkawi, Kedah.
Karnival ini dianjurkan bagi menyemarakkan lagi tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa terhadap Langkawi dan negara secara keseluruhannya sempena Malaysia Year of Festival 2015. Berikut merupakan ketetapan Majlis perasmian:
Hari/Tarikh : Selasa 17 Mac 2015
Masa : 8.00 malam
Tempat : Medan Letak Kenderaan LADA, Kuah, Langkawi, Kedah
Bersama-sama ini dipanjangkan brosur, banner acara dan aturcara acara tersebut untuk perhatian selanjutnya.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.
SUMBER: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Afendy Mohd Salleh
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Tel : +603.8891.7189
Faks : +603.8891.7181
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|