|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 12/03/2015
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA PELANCARAN KOMIK EKSKLUSIF PPZ-MAIWP 'GENG AMIL'
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Pelancaran Komik Eksklusif PPZ-MAIWP pada ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Rabu 18 Mac 2015 / 27 Jamadilawal 1436H
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Terrace Kristal, Felda Villa Kuala Lumpur, No 2, Jalan Maktab 6, 54000 Kuala Lumpur
Buat pertama kalinya dakwah zakat diterbitkan dalam bentuk komik. Oleh yang demikian, PPZ-MAIWP mengorak langkah setapak lagi dalam memastikan dakwah zakat sampai ke semua peringkat umur dan dalam medium yang pelbagai. Pelancaran komik ini akan dilaksanakan oleh Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. Turut hadir adalah selebriti yang senantiasa menyokong usaha dakwah PPZ-MAIWP seperti Farah Asyikin, Norman Hakim, Sham Kamikaze dan Man Raja Lawak.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program ini.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-5003547
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|