|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 12/03/2015
JEMPUTAN MEDIA : BRING YOUR OWN CONTAINER DAY
Program Bring Your Own Container Day ini merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Teknologi Alam Sekitar (ENTECH) UMT dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Islam & Kerohanian, UMT. Projek ini merupakan Naib Juara sempena pertandingan ‘Idea 4 Ummah Competiton 2014 anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam & Kerohanian dan meraih dana sebanyak RM3, 500 bagi menjayakan program ini.
Program ini bertujuan untuk menggalakan para siswazah menggunakan bekas makanan mereka sendiri daripada menggunakan polystyrene ataupun plastik sebagai bekas makanan. Ini disebabkan oleh kandungan styrene yang terkandung dalam polystyrene boleh meresap ke dalam makanan dan ianya berbahaya untuk otak dan sistem saraf. Selain itu, plastik juga mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Tambahan lagi, program yang bakal diadakan ini dapat mengurangkan jumlah sisa plastik dan polystyrene di kawasan UMT.
Majlis pelancaran program ini akan dirasmikan oleh Prof. Ir. Dr. Ahmad bin Jusoh Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan. Di dalam program tersebut akan diagihkan 800 unit bekas makanan guna semula (reusable food container) kepada peserta. Program ini turut mendapat kerjasama di kalangan pengusaha kafe di dalam kampus UMT. Penguatkuasaan bermula 22 Mac 2015 dengan mengenakan caj sebanyak RM 0.20 kepada mereka yang masih menggunakan polystyrene.
Butiran majlis:
Hari/Tarikh : Jumaat 13 Mac 2015
Masa : 3.00 petang
Tempat : Auditorium Pusat Pembelajaran Digital
Sultanah Nur Zahirah
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program ini.
SUMBER : Universiti Malaysia Terengganu
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI
Nama : Saudara Hafizul Yunus
Pengarah Projek Bring Your Container UMT 2015
Tel : 012-9874065
Nama : Puan Siti Khatijah Haron
Penasihat program
Tel: 09-6684274
Emel : sitikhatijah@umt.edu.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|