Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 16/03/2015

LIPUTAN PERSIDANGAN PEKEBUN KECIL DAN USAHAWAN KOMODITI KEBANGSAAN 2015 (NATIONAL SMALLHOLDERS & COMMODITIES ENTREPRENEURS CONFERENCE - NSCEC 2015) DI PUSAT KONVENSYEN BORNEO, KUCHING, SARAWAK PADA 18 MAC 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (MPIC) akan menganjurkan Persidangan Pekebun Kecil Dan Usahawan Komoditi Kebangsaan 2015 (National Smallholders & Commodities Entrepreneurs Conference - NSCEC 2015) yang akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh : Rabu 18 Mac 2015

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Pusat Konvensyen Borneo,
Kuching, Sarawak.


Program:

10.15 pg : Ketibaan Tetamu Jemputan

10.30 pg : Ketibaan YB Menteri-menteri dan Dif-dif Kenamaan

10.45 pg : Ketibaan YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

10.50 pg : Ketibaan YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Ak Numpang
Timbalan Ketua Menteri Sarawak/ Menteri MOMA

11.00 pg : Ketibaan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem
Ketua Menteri Sarawak

11.05 pg : Nyanyian Lagu “Negaraku”
Nyanyian Lagu “Ibu Pertiwiku”
Bacaan Doa

11.10 pg : Ucapan Aluan oleh YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Ucapan Aluan oleh YB Timbalan Menteri Sarawak
Ucapan dan Perasmian oleh YAB Ketua Menteri Sarawak

12.10 tgh hari : Penyampaian Anugerah Pekebun Kecil & Usahawan Komoditi
Kebangsaan 2015

12.25 tgh hari : Sesi Bergambar bersama Penerima-penerima Anugerah

12.30 tgh hari : Lawatan Pameran oleh YAB KM dan YB TKM Sarawak diiringi oleh YB Menteri MPIC

: Sidang Media

1.00 tgh hari : Makan tengah hari


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan persidangan ini.

SUMBER: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Alan Ting
(Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi)
Press Secretary to Minister of Plantation Industries and Commodities
Mob: 016-239 1313
Emel : alanting@mpic.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.