|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 16/03/2015
JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA HARI KRAF KEBANGSAAN 2015 & LAWATAN YB MENTERI MENINJAU BOT LAYAR TRADISIONAL
Kraftangan Malaysia akan mengadakan Sambutan Hari Kraf Kebangsaan bermula 26 Mac hingga 7 April 2015 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media yang akan dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan diadakan pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 18 Mac 2015
Masa : 2.00 petang
Tempat : Kompleks Kraf Langkawi, Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Pulau Langkawi
Program:
2.00 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan dan Rakan Media
2.15 petang : Ketibaan Dif-dif Kehormat
2.30 petang : Ketibaan YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
: Majlis Sidang Media
: Ucapan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
: Prebiu Produk Kraf Baru Hari Kraf Kebangsaan 2015
: Jamuan
4.00 petang : Bertolak ke Jeti Pelancongan, Pekan Rabu
4.30 petang : Lawatan Tinjauan Bot Tradisional Bersama YB Menteri
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sidang Media sempena Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2015 ini.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI
Urus Setia Media Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Laman Web : www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|