Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Selasa 17/03/2015

FORUM MEDIA SOSIAL SEKTOR AWAM

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Forum Media Sosial Sektor Awam seperti ketetapan yang berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 19 Mac 2015

Masa : 2.00 petang- 5.00 petang

Tempat : Dewan Seri Siantan, Perbadanan
Putrajaya

PROGRAM

2.00 ptg : Ketibaan Dif-dif Jemputan

2.30 ptg : Ketibaan YB Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri di JPM

: Lagu Negaraku

: Bacaan Doa

2.40 ptg : Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Joseph Entulu Belaun

: Pelancaran Penerbitan: Penerapan Penggunaan Media Sosial dalam Sektor Awam

: *Tayangan Multimedia

3.00 ptg : Diskusi Ilmu: Penerapan Media Sosial Dalam Sektor Awam
Moderator: Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar

Panel 1: YBrs. Dr. Solehuddin Shamsuddin
Ketua Pegawai Teknologi, Cybersecurity

Panel 2: Encik Zulkarnain Mohd Yasin
Ketua Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM

Panel 3: En Wan Rosdi Wan Dolah
Ketua Perunding ICT MAMPU

4.30 ptg : Penyampaian Sijil Malaysia TrustMark Sektor Awam

5.00 ptg : Minum petang dan Majlis Bersurai


Disempurnakan oleh: YB Datuk Joseph Entulu Belaun

Forum Media Sosial Sektor Awam memilih “Satu Prakarsa Ke Arah Takbir Urus Digital Perkhidmatan Awam” sebagai tema forum media sosial tahun ini bagi menonjolkan usaha serius Kerajaan dalam memastikan libat urus rakyat dalam penyampaian perkhidmatan Kerajaan menjadi satu keutamaan. Majlis akan melibatkan ketua-ketua jabatan, Ketua Teknologi Maklumat, GLC dan Badan Berkanun.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.


SUMBER : MAMPU, Jabatan Perdana Menteri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Razlin binti Raazali
Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri
Tel : 03-88723138


-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.