|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 19/03/2015
JEMPUTAN MEDIA UNTUK MEMBUAT LIPUTAN LAWATAN KERJA YAB PERDANA MENTERI KE JAKARTA DAN BANDUNG, INDONESIA SEMPENA SIDANG KEMUNCAK ASIA-AFRIKA SERTA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-60 PERSIDANGAN ASIA-AFRIKA DAN ULANG TAHUN KE-10 PELAN TINDAKAN PERKONGSIAN STRATEGIK BARU ASIA-AFRIKA, 22-24 APRIL 2015
Kementerian Luar Negeri, Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri akan mengadakan Lawatan Kerja ke Jakarta dan Bandung, Indonesia pada 22 hingga 24 April 2015.
Kementerian Luar Negeri dengan hormatnya menjemput wakil-wakil media untuk membuat liputan terhadap lawatan YAB Perdana Menteri tersebut.
Wakil-wakil media adalah dikehendaki untuk mengemukakan dokumen seperti di bawah berserta dengan dokumen asal dibawa bersama-sama semasa liputan:
a) Senarai Peralatan;
b) Satu salinan pasport (muka surat maklumat peribadi);
c) Surat tugasan yang telah disahkan oleh Ketua Pengarang atau Eksekutif daripada organisasi wakil media tersebut; dan
d) Satu salinan gambar bersaiz pasport (dalam format JPEG).
Selain daripada itu, dimohon agar wakil media yang dipilih dapat mendaftarkan diri untuk mendapatkan pentauliahan (accreditation) daripada pihak penganjur sidang ini bagi memastikan akses penuh diberikan semasa berada di sana. Borang pendaftaran boleh dimuat turun daripada laman sesawang berikut www.aacc2015.id dan pendaftaran bagi wakil media boleh dibuat secara atas talian melalui pautan http://aacc2015.id?p=journaslists bemula 9 Mac 2015 sehingga 9 April 2015.
Mohon kerjasama dan jasa baik Tuan/Puan supaya maklumat berkenaan yang dimohon seperti di atas dapat dipanjangkan kepada saya di alamat e-mel azreey@kln.gov.my secepat mungkin.
*Visa perlu dimohon untuk memasuki Indonesia bagi wakil media yang akan membuat liputan lawatan ini. Permohonan visa boleh dilakukan di Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur.
SUMBER : Kementerian Luar Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kassim
Penolong Pengarah
Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Tel : 03-8887 4180
Mobile : 014-6633896
Faks : 03-8889 2726
-BERNAMA |
|
|
|
|
|