|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 19/03/2015
LIPUTAN PROGRAM 'SKUAD MESRA PEMBAYAR PPZ-MAIWP & TOUCH N' GO DI PASAR TANI PUTRAJAYA'
Adalah dimaklumkan bahawa pasukan Skuad Mesra Pembayar Zakat PPZ-MAIWP dan Touch n' Go akan memeriahkan lagi Pasar Tani Presint 3, Putrajaya seperti maklumat di bawah:
Hari/Tarikh : Jumaat 27 Mac 2015 / 6 Jamadil Akhir 1436H
Masa : 3.40 petang – 4.30 petang
Tempat : Pasar Tani,Presint 3 Putrajaya
*Jemputan khas wartawan pada pukul 3.40 ptg bagi edaran flyers zakat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP kepada para peniaga dan pengunjung pasar tani berkenaan zakat.
Objektif program ini diadakan adalah untuk mempromosikan zakat di kalangan para peniaga dan pengunjung pasar tani serta mengadakan kerjasama strategik antara PPZ-MAIWP dengan Touch n' Go serta badan-badan kerajaan seperti FAMA dan Perbadanan Putrajaya. Malah program sebegini juga merupakan antara promosi zakat secara besar-besaran di Putrajaya. Turut hadir adalah Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP, Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program ini.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-5003547
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|