Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Selasa 24/03/2015

LIPUTAN (PHOTO OP) BAGI MAJLIS MENANDATANGANI BUKU UCAPAN TAKZIAH MENDIANG ENCIK LEE KUAN YEW OLEH YAB PERDANA MENTERI DI PEJABAT SURUHANJAYA TINGGI REPUBLIK SINGAPURA DI KUALA LUMPUR

Kementerian Luar Negeri, Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa satu Majlis Menandatangani Buku Ucapan Takziah Mendiang Encik Lee Kuan Yew oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada hari ini Selasa, 24 Mac 2015 di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura. Dalam hubungan ini, Kementerian ini ingin menjemput wakil-wakil media Malaysia bagi membuat liputan (photo-op) semasa majlis tersebut.

Hari/Tarikh : Selasa 24 Mac 2015

Masa : 6.00 petang

Tempat : Pejabat Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur 209, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur

(No. telefon Pejabat Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura: 03-2161 6277)

Selanjutnya, diharap agar wakil media yang akan membuat liputan untuk majlis ini berada di lokasi sebelum pukul 6 petang.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar jurugambar bagi membuat liputan majlis ini.


SUMBER: Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kassim
Penolong Pengarah
Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Tel : 03-8887 4180
Faks : 03-8889 2726
Emel : azreey@kln.gov.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.