Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Selasa 24/03/2015

JEMPUTAN KE GUIDED TOUR HARI KRAF KEBANGSAAN 2015

Sukacitanya dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Sambutan Hari Kraf Kebangsaan bermula 26 Mac hingga 07 April 2015, dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam, bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Sehubungan itu, satu lawatan berpandu media akan diadakan pada tarikh seperti berikut :

Hari/Tarikh : Khamis 26 Mac 2015

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Lobi Seri Anjung
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay

Bertemakan ‘Eko Kraf Pelaburan Kesejahteraan’ aktiviti menarik sepanjang sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2015 adalah seperti Pameran & Jualan Produk Kraf Rekaan Baru, Pameran Produk Kraf Warisan, Jualan Kraf & Perkhidmatan Perkahwinan, Demonstrasi Kraf, Demonstrasi Masakan dan Kuih Tradisional, Peragaan Fesyen Tekstil Rekaan Baru, Persembahan Kesenian, Konsert Masihkah Kau Ingat : Yankee-Yankee, Buskers Challenge, Pertandingan Dikir Barat, Pertandingan Ayam Serama, Cultural Fun Challenge (Aktiviti Menyumpit, Bermain Guli, Getah Para, Menjentik Ceper & Melastik) dan Mini Perkampungan Orang Asli Mah Meri Pulau Carey.

Tempat meletak kenderaan di sepanjang Jalan Conlay - Hotel Royal Chulan, Arbitration (parking C3), Badan Warisan (parking D) dan JKR (parking C2).

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793 / 019-387 4229
Laman web : www.kraftangan.gov.my

Nama : Fazlin
Tel : 012-664 1734

Nama : Norehan
Tel : 012-657 8824

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.