Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Rabu 25/03/2015

MAJLIS PENYERAHAN KAD TAKAFUL KASIH AGROBANK KEPADA SEKOLAH ANGKAT PERSATUAN ORANG KOTA BHARU (POKB)

Agrobank akan mengadakan majlis penyerahan kad insurans Takaful Kasih kepada pelajar sekolah dari Sekolah Kebangsaan Mata Ayer, Sekolah Rendah Kebangsaan Kota dan Sekolah Rendah Kampung Sireh yang akan disempurnakan oleh Dato’ Haji Ahmad Tajudin Bin Jab, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan).

Untuk makluman, seramai 1,075 murid yang akan menerima kad ini dan majlis ini akan turut dihadiri oleh Pengurus Wilayah Agrobank, En Syed Ibrahim Syed Mohamad dan Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.

Hari/Tarikh : Khamis 26 Mac 2015

Masa : 2.30 petang

Tempat : Sekolah Rendah Kebangsaan Kota, Kota Bharu, Kelantan

PROGRAM

2.30 petang : Ketibaan para jemputan

2.45 petang : Ketibaan Datuk Hj Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad
Presiden POKB

: Ketibaan Dato’ Haji Ahmad Tajudin Bin Jab
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan)
Kementerian Pendidikan Malaysia

3.00 petang : Ucapan Datuk Hj Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad
Presiden POKB

: Ucapan Dato’ Haji Ahmad Tajudin Bin Jab
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan)
Kementerian Pendidikan Malaysia

: Penyerahan Mock Kad Takaful Kasih kepada Guru Besar:
- Sekolah Rendah Kebagsaan Kota
- Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Sireh
- Sekolah Kebangsaan Mata Ayer Machang Kelantan

4.30 petang : Sidang Media

: Minum petang

5.00 petang : Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.


SUMBER : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Norzuleana
PR Eksekutif
Tel : 012-271 2537 / 03-2731 1600 samb. 1655

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.