Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Khamis 26/03/2015

Majlis Pelancaran Bonus Runcit Istimewa Untuk Militari Di PERNAMA (BRIM D'PERNAMA)

Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), akan mengadakan Majlis Pelancaran Program Bonus Runcit Istimewa untuk Militari Di PERNAMA (BRIM D’PERNAMA). Pelancaran akan dilakukan di kawasan Utara & kawasan Selatan.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

KAWASAN UTARA

Hari/Tarikh : Jumaat 27 Mac 2015

Masa : 10.45 pagi

Tempat : Kompleks Mutiara ARMADA, Pangkalan TLDM Lumut, Perak

PROGRAM:

10.20 PAGI - Ketibaan tetamu
10.45 PAGI - Ketibaan MEDIA
11.00 PAGI - Ketibaan Y.Bhg. Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan Bin Mohd Ramli,
Panglima ARMADA TLDM bersama
Y.Bhg. Jen Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Bin Hj. Zainal, Pengerusi PERNAMA
11.05 PAGI - Bacaan Doa
11.10 PAGI - Penerangan Ringkas Program BRIM D’ PERNAMA
11.20 PAGI - Ucapan oleh Pengerusi PERNAMA
11.30 PAGI - Gimik Pelancaran
11.40 PAGI - Jamuan Makan
12.15 PTG - Majlis Bersurai


KAWASAN SELATAN

Hari/Tarikh : Isnin 30 Mac 2015

Masa : 10.15 pagi

Tempat : Dewan Garison, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, N. Sembilan

PROGRAM:
10.00 PAGI - Ketibaan tetamu
10.15 PAGI - Ketibaan MEDIA
10.30 PAGI - Ketibaan Y.Bhg. Mej Jen Dato’ Zamrose Bin Mohd Zain
Panglima 3 Divisyen bersama
Y.Bhg. Jen Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Bin Hj. Zainal, Pengerusi PERNAMA
10.35 PAGI - Bacaan Doa
10.40 PAGI - Penerangan Ringkas Program BRIM D’ PERNAMA
10.50 PAGI - Ucapan oleh Pengerusi PERNAMA
11.00 PAGI - Gimik Pelancaran
11.10 PAGI - Jamuan Makan
11.45 PAGI - Majlis Bersurai


Sedikit info mengenai Program Bonus Runcit Istimewa untuk Militari (BRIM D’PERNAMA).

BRiM D’PERNAMA merupakan sebahagian dari aktiviti Tanggungjawab Korporat PERNAMA yang bertujuan membantu meringankan beban anggota ATM dalam membeli barangan makanan dan keperluan harian. Program ini membolehkan setiap anggota ATM yang masih berkhidmat untuk menikmati pembelian barangan pilihan dari kategori makanan dan keperluan harian secara percuma. Nilai perbelanjaan adalah dihadkan sehingga RM100. Program ini adalah terbuka kepada SEMUA anggota ATM pelbagai pangkat dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan yang masih berkhidmat samaada bujang atau berkeluarga. Program ini bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei 2015.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan ini.

SUMBER: Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Shahrina Maisarah Jaffar
Pengurus, Khidmat Pemasaran
Perwira Niaga Malaysia
Telefon Bimbit: 019-666 4992

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.