|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 27/03/2015
JEMPUTAN KE KONSERT MASIHKAH KAU INGAT YANKEE-YANKEE SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2015
Adalah dimaklumkan bahawa bersempena dengan penganjuran Hari Kraf Kebangsaan 2015, Kraftangan Malaysia akan mengadakan Konsert Masihkah Kau Ingat Yankee-Yankee pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 28 Mac 2015
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Panggung Sari
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Konsert Masihkah Kau Ingat Yankee-Yankee diadakan untuk mengimbau lagu-lagu nostalgia 60an berentak a-go-go dan twist yang akan dipersembahkan oleh Dato’ Jeffrydin, Dato’ L. Ramlee, Fatimah M. Amin dan S. Mariam.
Konsert ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pelawak Imuda dan Mat Over serta penampilan khas Amira Rosli.
Datanglah dengan tema pakaian Yankee-Yankee, masuk percuma.
Tempat meletak kenderaan di sepanjang Jalan Conlay - Hotel Royal Chulan, Arbitration (parking C3), Badan Warisan (parking D) dan JKR (parking C2).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan ini.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Telefon Bimbit: 019-387 4229
www.kraftangan.gov.my
Nama: Fazlin
Telefon Bimbit: 012-664 1734
Nama: Norehan
Telefon Bimbit: 012-657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|