Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Selasa 31/03/2015

LIPUTAN PERAGAAN FESYEN TEKSTIL REKAAN BARU B TO B

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Peragaan Fesyen Tekstil Rekaan Baru yang dinamakan B to B sempena Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2015.

Peragaan ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kraf tekstil Malaysia dalam memartabatkan industri fesyen tempatan ke persada dunia. Selain itu, Peragaan Fesyen Tekstil Rekaan Baru ini secara tidak langsung dapat mempromosi rekaan baru usahawan kraf kepada pembeli seperti Aeon Co (M) Bhd, Isetan, Parksons, Zalora, Poplook.com, hotelier dan juga pembeli dari luar Negara.

Peragaan fesyen ini dijayakan oleh 28 pereka fesyen tanah air seperti Dato’ Radzuan Radziwill, Qudyn, Hazwani Osman, Bon Zainal dan ramai lagi serta usahawan kraf tekstil tempatan.

Hari/Tarikh : Selasa 31 Mac 2015 / Rabu 1 April 2015 / Khamis 2 April 2015

Masa : 11.00 pagi & 3.00 petang

Tempat : Laman Wau
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay


(Jadual Peragaan Fesyen Tekstil Rekaan Baru adalah seperti di lampiran)


Tempat meletak kenderaan di sepanjang Jalan Conlay - Hotel Royal Chulan, Arbitration (parking E), Badan Warisan (parking G) dan JKR (parking C).


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program ini.


SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
Nama : Fazlin
Tel : 012-664 1734
Nama : Norehan
Tel : 012-657 8824
Tel : 03-2161 3793 / 019-387 4229
Website : www.kraftangan.gov.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.