|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 02/04/2015
MAKLUMAN MEDIA SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-26 2015 26 27 APRIL 2015
PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR
DAN
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA LANGKAWI
1. PENGENALAN
Malaysia kembali memegang jawatan pengerusi ASEAN yang digilirkan secara tahunan bermula 1 Januari 2015 daripada Myanmar. Visi Malaysia adalah mewujudkan ASEAN Berpaksikan Rakyat yang melibatkan kesemua sektor masyarakat.
Satu pencapaian penting bagi ASEAN pada tahun 2015 adalah merealisasikan Komuniti ASEAN sepertimana yang digariskan dalam 'Hala Tuju sebuah Komuniti ASEAN 2009-2015' di mana kesemua 10 negara anggota berazam untuk mencapai keseragaman dalam peraturan dan prosedur dan tanpa sempadan fizikal, infrastruktur dan perhubungan manusia-ke-manusia.
Sebagai Pengerusi, tumpuan utama Malaysia adalah untuk memastikan langkah-langkah dan inisiatif utama bagi Komuniti ASEAN berada di tempatnya dan proses integrasi diteruskan secara progresif menjangkau tahun 2015. Selain menerajui ASEAN untuk mencapai matlamat ini pada tahun 2015, Malaysia juga melihat kepentingan usaha dalam membangunkan Visi Pasca 2015 Komuniti ASEAN sebagai satu panduan kepada masyarakat untuk terus makmur dan berkembang.
Antara mesyuarat utama yang akan dianjurkan oleh Malaysia semasa memegang jawatan pengerusi adalah Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 pada April 2015 dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 pada November 2015.
Majlis perasmian bagi sidang kemuncak dua hari itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 April manakala majlis penutup pada 27 April adalah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi, Pulau Langkawi, Kedah.
Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) ASEAN pada 24 April dan mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan akan mendahului Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara/ Kerajaan.
Malaysia, sebagai Pengerusi Persatuan itu pada tahun ini, akan bekerjasama rapat dengan negara-negara anggota yang lain untuk memastikan ASEAN melaksanakan inisiatif-inisiatif utama itu.
Antara lain, Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 pada April akan melihat Malaysia mengesyorkan bahawa sebuah sekretariat ASEAN yang diperluaskan dikerah untuk memastikan negara-negara anggota bekerjasama untuk merangka dan melaksanakan agenda pasca-2015 itu.
ASEAN pada masa ini merupakan ekonomi ketujuh terbesar di dunia dengan gabungan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berjumlah AS$2.5 trilion.
Ditubuhkan pada 8 Ogos, 1967 oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, keanggotaan ASEAN diperluaskan untuk merangkumi Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.
2. AKREDITASI & PAKAIAN MEDIA
Akreditasi diperlukan untuk wartawan/ jurugambar/ penyiar yang membuat liputan Sidang Kemuncak itu. Media boleh mendaftar secara dalam talian di http://asean2015.gov.my/ atau http://asean2015.bernama.com/. Tarikh akhir untuk pendaftaran bagi media Malaysia dan media asing ialah 13 April 2015.
Setiap organisasi media diminta melantik seorang wakil untuk menyelaraskan urusan akreditasi dan penginapan bagi pasukannya.
Wakil-wakil media harus menyediakan surat tugasan yang disahkan oleh agensi masing-masing berserta dengan permohonan mereka.
Pas akreditasi dan kit maklumat boleh diperolehi di Pusat Media Antarabangsa. Pas akreditasi itu harus dipakai pada setiap masa.
Pas akreditasi itu adalah sah untuk liputan di Kuala Lumpur dan di Langkawi.
Anggota media dikehendaki memakai pakaian yang sesuai bagi semua mesyuarat sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 itu. Anggota media tidak dibenarkan memakai seluar jeans di semua venue semasa membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-26.
Sekretariat Media Sidang Kemuncak ASEAN ke-26
Perhubungan Media dan Pengurusan Acara BERNAMA
Tingkat 5, Wisma BERNAMA,
28 Jalan 1/65A, Off Jalan Tun Razak,
50700 Kuala Lumpur
Tel : +603 2694 1024 / 2696 2125 / 2696 2120
Faks : +603 2694 1021 / 2694 1022
E-mel : mediasec@bernama.com
3. KEMUDAHAN MEDIA
Pusat Media Antarabangsa bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 akan ditempatkan di Dewan 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi di Langkawi, Kedah.
Pusat Media Antarabangsa akan menyediakan ruang bekerja yang secukupnya, kemudahan perhubungan dan perkhidmatan media lain yang berkaitan untuk memenuhi keperluan kesemua wartawan, penyiar dan jurugambar yang mempunyai akreditasi.
Pusat Media Antarabangsa akan mula beroperasi dari 25 April 2015. Waktu operasi adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 8:00 malam.
4. PROGRAM MEDIA
Satu program media yang terperinci akan dikeluarkan ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 semakin hampir. Ia akan juga dibekalkan di Pusat Media Antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang www.asean.org.
5. PENGINAPAN
Wakil-wakil media akan bertanggungjawab bagi urusan perjalanan mereka sendiri dan tempahan tempat penginapan hotel. Ahli-ahli media diminta berurusan secara terus dengan hotel yang menjadi pilihan mereka berhubung jumlah bilik yang diperlukan, nama-nama tetamu, tarikh ketibaan dan tarikh berlepas pulang, kadar bilik dan prosedur pembayaran.
Hotel-hotel Media (Kuala Lumpur, Malaysia):
1. Impiana KLCC Hotel
13, Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603 2147 1111/ Bebas Tol: 1 800 88 3100
Faks: +603 2147 1100
E-mel: info.klcc@impiana.com
2. Hotel Istana Kuala Lumpur
73 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603 2141 9988
Faks : +603 2144 0111
E-mel: general@hotelistana.com.myhotel
3. Corus Hotel Kuala Lumpur
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603 2161 8888
Faks : +603 2161 2393
E-mel: reservations@corushotelkl.com
4. The Royale Chulan Kuala Lumpur
5 Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603 2688 9688
Faks : +603 2688 9788
E-mel: enquiry@theroyalechulan.com.my
5. Traders Hotel Kuala Lumpur
Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, 50088, Malaysia
Tel : +603 2332 9888
Faks : +603 2332 2666
Hotel-hotel Media (Langkawi, Kedah, Malaysia):
1. Adya Hotel, Langkawi
No 1 PT, 4001, Persiaran Mutiara 2
Mukim Kuah 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Tel : +604 960 8000
E-mel: reservation@adyahotel.com
2. HIG Hotel, Langkawi
Jalan Penarak, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Tel : +604 966 8001/8003
Faks : +604 966 8002
E-mel: reservation@highotel.com.my
3. Eagle Bay Hotel, Langkawi
No. 33 Persiaran Putera, Kuah,
07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Tel : +604 966 8585/ +6016 417 8585/ +6019 447 8585
Faks : +604 966 7385
E-mel: info@eaglebay.com.my
4. My Hotel Langkawi
Lot 557 & 559 Bandar Kuah 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Tel : +604 966 6666
Faks : +604 966 5666
E-mel: reservation.myhotel@gmail.com
5. Langkawi Seaview Hotel
Lot 40, Jalan Penarak, Kuah
07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Tel : +604 966 0600
Faks : +604 966 0620
E-mel: sales@lseaview.com
6. FORMALITI KEMASUKAN
Pelawat perlu mempunyai pasport kebangsaan atau dokumen perjalanan antarabangsa yang diiktiraf, disahkan untuk perjalanan dalam Malaysia dan mempunyai tempoh sah laku sekurang-kurangnya enam (6) bulan lebih lama dari waktu dibenarkan tinggal di Malaysia. Sila maklum bahawa rakyat dari negara tertentu mungkin perlu mendapatkan visa yang sewajarnya untuk memasuki Malaysia. Wakil-wakil media boleh mengesahkan keperluan visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia yang berhampiran atau dengan melayari laman sesawang http://www.kln.gov.my.
Semua pelawat bukan pemastautin dikehendaki mengisi Borang Perisytiharan Pelancong bagi mengisytiharkan jumlah mata wang asing dan cek kembara yang dibawa mereka semasa tiba dan semasa berlepas pulang.
7. KEPERLUAN KELULUSAN KASTAM
Wakil-wakil media yang membawa bersama peralatan ke Malaysia perlu melengkapkan Borang Pengimportan Kastam dengan inventori terperinci termasuk model dan nombor siri peralatan.
Wakil-wakil media dikehendaki mendapatkan surat/ borang yang diberi nama "Carnet" daripada pihak berkuasa Kastam masing-masing. Borang ini akan menunjukkan peralatan yang dibawa masuk bagi memudahkan liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-26.
Setibanya di Kastam Malaysia, "Carnet" yang diluluskan oleh Kastam di negara asal harus ditunjukkan. Ini adalah untuk memastikan bahawa kesemua peralatan yang dibawa oleh wakil-wakil media dibawa keluar dari Malaysia pada hari berlepas pulang.
Borang itu akan mengesahkan senarai penuh peralatan yang dibawa masuk ke Malaysia.
8. KESIHATAN
Pengawasan vektor dijalankan di kesemua pelabuhan dan lapangan terbang untuk nyamuk Aedes Aegypti. Pelawat asing tanpa memiliki sijil vaksinasi Demam Kuning yang sah, yang diluluskan oleh WHO dan diberikan di Pusat Pemvaksinan Demam Kuning yang diluluskan, akan dikuarantin setibanya di Malaysia. Wakil-wakil media di mana tempat perlepasan mereka ke Malaysia adalah dari negara-negara Amerika Latin atau Afrika harus mempunyai Sijil Vaksinasi Demam Kuning yang sah.
9. KEMUDAHAN PERUBATAN
Hospital-hospital berkaitan di Kuala Lumpur dan Langkawi, Kedah, Malaysia telah dimaklumkan untuk menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam. Perkhidmatan ambulans akan disediakan jika perlu untuk membawa mereka yang sakit ke hospital. Terdapat doktor dan paramedik untuk memberikan perkhidmatan kecemasan segera kepada para perwakilan, peserta dan wakil media yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-26.
Bagaimanapun, mereka yang mendapatkan perkhidmatan perubatan akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya dari segi kos pembiayaan bagi semua perkhidmatan di luar ruang lingkup klinik termasuk:
- rujukan kepada pakar perubatan
- ujian diagnostik
- bekalan perubatan
- perkhidmatan pergigian
10. MAKLUMAT
Permohonan untuk mendapatkan borang akreditasi dan maklumat tambahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan media perlu dialamatkan kepada:
Sekretariat Media Sidang Kemuncak ASEAN ke-26
Maklumat am:
Cik Zaria Mohd Nasri
Tel : 603 2694 1024 / 2696 2123
Faks : 603 2694 1021 / 22
E-mel : mediasec@bernama.com
Akreditasi/ Pendaftaran:
Cik Fateha Yusoff / Cik Audrey
Tel : 603 2696 2120 / 2696 2125
Faks : 603 2694 1021 / 22
E-mel : mediasec@bernama.com
11. LAMAN WEB
Alamat laman web BERNAMA: http://asean2015.bernama.com/
Alamat laman web utama ASEAN: www.asean.org
Alamat laman web Kementerian Luar Negeri (MoFA): http://asean2015.gov.my/
LEMBARAN FAKTA HOS PENYIAR
SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-26 2015
KUALA LUMPUR & LANGKAWI, MALAYSIA
26-27 APRIL 2015
1) PENGENALAN
Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah dilantik oleh Kementerian Luar Malaysia sebagai Hos Penyiar (HB) bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 2015. Lembaran fakta ini menggariskan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Hos Penyiar untuk media semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 2015.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 2015 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi pada 26 dan 27 April 2015. Kesemua Perkhidmatan dan Kemudahan Hos Penyiar akan ditempatkan di Pusat Media Antarabangsa (IMC): Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) (Dewan Pameran 6) dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).
Kemudahan yang dinyatakan pada Lembaran Fakta ini adalah standard bagi kebanyakan daripada permintaan. Sekiranya wakil-wakil media memerlukan kemudahan yang tidak terkandung dalam Lembaran Fakta ini, sila hubungi RTM dengan butiran khusus yang berkaitan dengan keperluan anda.
2) BUTIRAN TEMPAHAN
Tempahan adalah tertakluk kepada ketersediaan. Sebuah pasukan yang menguruskan tempahan akan berada di lokasi bagi membantu anda dengan sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan Lembaran Fakta ini dan borang permohonan.
3) HOS PENERBITAN
HB akan membuat liputan secara langsung dengan menggunakan berbilang kamera untuk elemen-elemen penting semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 2015 termasuk ketibaan di lapangan terbang, sambutan rasmi dan ucapan alu-aluan dan semua persidangan akhbar di KLCC dan LICC. Liputan Hos Penyiar boleh diperolehi secara langsung di KLCC. Filem rakaman Hos Penyiar juga boleh diperolehi daripada acara-acara lain yang tidak ditetapkan untuk liputan secara langsung.
Liputan HB boleh diperolehi secara langsung di KLCC dan akan dihantar ke setiap ruang penyiar tanpa sebarang kos kepada penyiar yang diiktiraf. Walau bagaimanapun, HB tidak akan menyediakan gerbang laluan dan stesen bumi bagi mana-mana penyiar. Semua penyiar harus menghubungi penyedia telekomunikasi tempatan, Telekom Malaysia untuk gerbang laluan dan stesen bumi.
4) KEMUDAHAN PENYIARAN DI PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR
Hos Penyiar (HB) sedang membuat perancangan untuk menyediakan siaran langsung ke IMC bagi beberapa acara yang akan diadakan di Dewan Pameran 1, 2, 3 & 4 dan di Dewan Pleno KLCC termasuk Persidangan Akhbar oleh Ketua-ketua Delegasi. HB akan hanya menyediakan isyarat SD/SDI dan kemudahan siaran berasaskan Fail bagi venue ini. Hos Penyiar juga menyediakan ruang komentar untuk penyiaran secara langsung oleh para media yang berminat. Walau bagaimanapun, HB tidak akan menyediakan sebarang penghantaran antarabangsa melalui satelit dan rangkaian gentian. Permohonan yang dibuat kepada HB akan diselaraskan dengan Telekom Malaysia.
5) KEMUDAHAN PENYIARAN DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA LANGKAWI, LANGKAWI
Hos Penyiar akan menyediakan siaran langsung ke IMC untuk beberapa acara yang dianjurkan di LICC termasuk Persidangan Akhbar oleh Ketua-ketua Delegasi. HB akan hanya menyediakan kemudahan siaran berasaskan Fail ke venue ini.
6) STANDARD PENYIARAN
- Standard penyiaran bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 2015 adalah Pentakrifan Standard 625i/ 50 Hz (PAL) (Nisbah Audio/ Aspek Terbenam 4: 3)
- Isyarat akan diagihkan dalam Pusat Media Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 2015 dalam SD/SDI dengan audio terbenam
- Hos Penyiar akan menghasilkan, mengintegrasikan dan menyampaikan elemen-elemen penting bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 2015
- Peralatan penukaran video serta peralatan penukaran PAL-NTSC standard tidak boleh didapati dan harus disediakan sendiri oleh penyiar.
7) KUASA ELEKTRIK
Bekalan elektrik adalah pada AC 240-volt pada 50 kitaran sesaat.
8) CUKAI
Cukai Barangan dan Perkhidmatan Malaysia (6% GST) dimasukkan dalam semua kadar. Semua harga disenaraikan dalam Ringgit Malaysia (Ringgit Malaysia-RM).
9) BORANG PERMOHONAN
Bagi Borang Permohonan, wakil-wakil media boleh menghubungi Encik Fandy Izuan Bin Johari di fandyizuan@rtm.gov.my atau telefon bimbit: +6019-8624470. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di-emel terus kepada pegawai yang bertanggungjawab. Permohonan tugasan penyiar dan agensi berita akan diperuntukkan mengikut dasar siapa dahulu.
10) SKMM /SIRIM
SKMM/ SIRIM adalah agensi-agensi Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab dalam menguruskan akses kepada spektrum frekuensi radio. Wakil-wakil media yang ingin menggunakan peralatan pemancar radio mesti mendaftarkan produk mereka dengan SKMM untuk kelulusan sebelum tiba di Malaysia.
11) RUANG PENYIAR DI IMC KLCC
Sistem pengurusan server dan kandungan HB yang menyeluruh ditempatkan di kawasan HB dalam IMC KLCC. Akses kepada server adalah dalam bentuk sebuah stesen perayau berasaskan komputer. Wakil-wakil media boleh mengimbas dan menyalin media dalam suatu persekitaran yang berasaskan fail, atau boleh meminta klip dimainkan pada sebuah pita (Betacam, XDcam) dengan cara mengisi Borang Permohonan.
Kemudahan asas yang disediakan di IMC HB KLCC adalah seperti berikut:
- Sesalur (1 x Kuasa & 1 x Kabel AV)
- Bekalan Kuasa (4-Gang Palam 3-Pin)
- Off-Air (Kabel RF RG6 dari antena TV)
- Satu Penyambung BNC
- Satu Penyambung XLR (penyambung kabel elektrik)
- Satu Port Rangkaian RJ-45
12) KEMUDAHAN SIARAN DAN PENUKARAN FORMAT
HB boleh menyediakan kemudahan siaran daripada Kawasan Pengagihan Hos Penyiar:
- SD SDI 625i 50Hz (Nisbah audio/ Aspek Terbenam 4: 3)
- Format Rakaman Aliran kerja berasaskan fail; format Pro Res 4: 2: 2
- Format Penyuntingan (NLE) Aliran kerja berasaskan fail; format Pro Res 4: 2: 2
- Format Pemindahan/ Arkib (Berita RTM) Berasaskan fail (Cakera Keras)/ XDcam
- Format Pemindahan/ Arkib (Pelanggan lain) Berasaskan fail (Cakera Keras)
13) RUANG KOMENTAR TANPA KELENGKAPAN KHUSUS
Kedudukan ini boleh diperolehi dalam Pusat Media Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Setiap kedudukan terdiri daripada:
- Ruang kawasan 3mx3m
- Satu Soket AC 250V, 13 Amp salur keluar kuasa Malaysia
- Satu Penyambung BNC
- Satu Penyambung XLR (penyambung kabel elektrik)
- Satu Port Rangkaian RJ-45
Semua permohonan tempahan untuk ruang komentar bagi siaran secara langsung boleh dikemukakan kepada Sekretariat Media Sidang Kemuncak ASEAN ke-6 2015 di Dewan 6, KLCC.
14) MAKLUMAT
Permintaan bagi maklumat tambahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan media penyiaran boleh diajukan kepada:
Penyelaras Hos Penyiar RTM
Cik Suhaila Binti Md Zaini
suhaila@rtm.gov.my /sue.mdz@gmail.com
Telefon Bimbit: +6012-3225722
Penyelaras Teknikal Hos Penyiar RTM
Cik Norzihan M Salleh
norzihan@rtm.gov.my
Telefon Bimbit: +6013-3862786
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|