|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 02/04/2015
Seminar Integriti Kelab Veteran MAYC Malaysia (KVMM)
Institut Integriti Malaysia akan menganjurkan Seminar Integriti Kelab Veteran MAYC Malaysia (KVMM) pada 04 April 2015. Forum Integriti ini bertemakan “Merakyatkan Agenda Integriti : Apa Peranan Kita”.
Sehubungan itu, pihak IIM berhasrat menjemput rakan-rakan media ke program ini yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 4 April 2015
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Auditorium, Aras 2
Institut Integriti Malaysia
Menara Integriti
Persiaran Duta off Jalan Duta, Kuala Lumpur
Program:
7.30 pg : Pendaftaran / Sarapan
9.15 pg : FORUM INTEGRITI
“Merakyatkan Agenda Integriti: Apa Peranan Kita”
Moderator: YBrs. Saudari Zulaiqa Zulkifli
Ahli Parlimen Belia
Panel 1: Merakyatkan Agenda Integriti
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid
Ahli Lembaga Pengarah IIM
Panel 2: Integriti Kami Peduli
YBhg Prof. Datuk Dr. Sidek Baba
Pensyarah UIAM
Panel 3 : Rasuah & Integriti
YBhg Datuk Sutinah Sutan
Mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM
12.00 tgh : Makan Tengahari & Rehat
Forum ini melibatkan panel pertama Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Ahli Lembaga Pengarah IIM dengan topik yang akan dibawa iaitu “Merakyatkan Agenda Integriti”. Panel kedua adalah Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Sidek Baba, Pensyarah UIAM dengan tajuk “Integriti Kami Peduli” dan panel ketiga Yang Berbahagia Datuk Sutinah Sutan, Mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan tajuk “Rasuah dan Integriti”. Moderator forum adalah saudari Zulaiqa Zulkifli, Ahli Parlimen Belia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.
Sumber : Institut Integriti Malaysia (IIM)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Nama : Rajesh Krishnan
Ketua Penolong Pengarah Unit Korporat & Penyelarasan
Tel: 03-62092015
Faks: 03-62092017
Emel: rajesh@iim.org.my
Name : Norsheeda Din
Unit Korporat & Penyelarasan
Tel: 03-62092014
Faks: 03-62092017
Emel: sheeda@iim.org.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|