Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 03/04/2015

MAJLIS MALAM PENGIKTIRAFAN TOKOH SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2015

Kraftangan Malaysia sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Malam Pengiktirafan Tokoh Ulung sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 6 April 2015

Masa : 8.00 malam

Tempat : Panggung Sari, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Pakaian : Songket/Tenun Malaysia

Tetamu kehormat pada majlis ini ialah Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Hajah Rosmah binti Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia.


Program:

7.45 malam : Ketibaan Tetamu Jemputan

8.00 malam : Ketibaan Dif-dif Kehormat

8.15 malam : Ketibaan
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

8.30 malam : Ketibaan
YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor
Isteri Perdana Menteri Malaysia

: Ucapan Alu-aluan oleh
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

: Persembahan Peragaan Fesyen
-Peragaan Fesyen Batik
-Peragaan Fesyen Songket Yayasan Tuanku Nur Zahirah

: Penyampaian Hadiah Pertandingan Produk Kraf HKK 2015

: Anugerah Tukang Ulung

: Pengiktirafan Tokoh Ulung

: Jamuan

10.30 malam : Majlis Bersurai


Pengiktirafan seorang Tokoh merupakan anugerah penghargaan tertinggi oleh Kerajaan Malaysia dalam pembangunan industri kraf serta usaha-usaha mempertingkatkan, menggalakkan dan pembangunan ekonomi usahawan-usahawan kraf.

Tempat meletak kenderaan di sepanjang Jalan Conlay - Hotel Royal Chulan, Arbitration (parking E), Badan Warisan (parking G) dan JKR (parking C).

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Malam Pengiktirafan Tokoh sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 ini.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793 / 019-387 4229 / www.kraftangan.gov.my

Nama : Fazlin
Tel : 012-664 1734

Nama : Norehan
Tel : 012-657 8824

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.