Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 03/04/2015

LIPUTAN MEDIA MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL MS ISO

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Penganugerahan Sijil MS ISO 9001:2008 dan ISMS ISO/IEC 27001:2005 & ISO/IEC 27001:2007 pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 8 April 2015

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Evenue 15, Ting 1, Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang, Kuala Lumpur

Majlis penyampaian anugerah untuk PPZ-MAIWP ini sebagai salah satu tanda aras dalam memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Turut hadir adalah Datuk Hj Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP, Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan Encik Zakaria Mohamad Nor, Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem
Pengurusan, Sirim Qas International Sdn Bhd.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Penganugerahan ini.


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Pegawai Kanan Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Mobile : +60 (0)12 5003547
Tel : +60 (0)3 92895757
Faks : +60 (0)3 92895759


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.