|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 03/04/2015
MUZAKARAH PAKAR BIOETIKA ISLAMI MENGENAI ISU ADVANCE MEDICAL DIRECTIVE (AMD)
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Muzakarah Pakar “Bioetika Islami Mengenai Isu Advance Medical Directive (AMD)” pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 7 April 2015
Masa : 9.05 pagi
Tempat : Dewan Besar, IKIM
PROGRAM
9:05 pagi : Ucapan Alu-aluan Oleh:
YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin
Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
9:20 pagi : Ucapan Oleh:
YBhg. Datuk Nik Mustapha Haji Nik Hassan
Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
9:35 pagi : SESI 1: PENGENALAN KEPADA ADVANCE MEDICAL DIRECTIVE (AMD)
Moderator: YBhg. Dr. Mohd Zaidi Ismail
Fellow Utama/ Pengarah,
Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar IKIM
Kertas 1: Persoalan Berkaitan Advance Medical Directive (AMD) dalam Kerangka Bioetika Islami
Pembentang: YBhg. Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh
Fellow Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar IKIM
10:05 pagi : Kertas 2: Pelaksanaan Advance Medical Directive (AMD): Perspektif Kementerian Kesihatan Malaysia
Pembentang: YBhg. Datuk Dr. Haji Azman Abu Bakar
Pengarah Perkembangan Perubatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
10.35 pagi : Perbincangan
11:05 pagi : SESI 2 : PERSPEKTIF ETIKA DAN ISLAM TERHADAP ADVANCE MEDICAL DIRECTIVE (AMD)
Moderator : YBhg. Dato’ Dr. Azmi Shapie
Setiausaha, Majlis Perubatan Malaysia
Kertas 3: Etika Pelaksanaan Advance Medical Directive (AMD)
Pembentang: YBhg. Dato’ Dr. Zaki Morad Mohamad Zaher
Pakar Perunding Nefrologi, Hospital Pakar Ampang Puteri
11:35 pagi :
Kertas 4: Pertimbangan Islam Berkaitan Pelaksanaan Advance Medical Directive (AMD)
Pembentang: YBhg. Dr. Ridzuan Ahmad
Ketua, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya (UM)
12:05 t/hari : Perbincangan
2:30 petang :
SESI 3 : ISU-ISU AMD DARI PERSPEKTIF PENGAMAL PERUBATAN DAN PERUNDANGAN
Moderator : YBhg. Profesor Dato’ Dr. Abd. Rahim Haji Mohamad
Presiden, Persatuan Perubatan Islam Malaysia [IMAM]/
Timbalan Dekan, Fakulti Perubatan,
Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS)
Kertas 5: Cabaran kepada Pengamal Perubatan dalam Melaksanakan Advance Medical Directive (MD)
Pembentang: YBhg. Dr. Diana Katiman
Pensyarah Perubatan Dalaman & Pakar Klinikal Perawatan
Paliatif, Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
3:00 petang : Kertas 6: Kesahan Advance Medical Directive (AMD) dari Perspektif Undang-undang Perubatan
Pembentang: YBhg. Profesor Dr. Puteri Nemie Jahn Kassim
Jabatan Undang-undang Sivil,
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
3.30 petang : Perbincangan
4.30 petang : Bersurai
Objektif
- Memahami apa yang dimaksudkan dengan Advance Medical Directive (AMD) dan kaitannya dengan hak autonomi pesakit untuk memilih bentuk rawatan yang dikehendakinya;
- Mengenalpasti isu-isu agama, etika, perubatan dan perundangan berkaitan AMD dalam konteks Malaysia; dan
- Memberikan input polisi kepada Majlis Bioetika Negara (MBN), Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan pelaksanaan AMD di Malaysia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sempena Muzakarah Pakar tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Urusetia
Tel : 03-6204 6322/ 323/ 324/ 325/ 326
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|