|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 07/04/2015
MAKLUMAN MENGENAI KETIBAAN KUMPULAN PERTAMA RAKYAT MALAYSIA YANG DIEVAKUASI DARI YAMAN
Kepada semua media,
Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa kumpulan pertama rakyat Malaysia yang dievakuasi dari Yaman akan tiba di KLIA seperti berikut:
Kod penerbangan : MH 151 (Jeddah-Kuala Lumpur)
Waktu ketibaan : Jam 11:00 pagi (KLIA)
Jumlah : 29 org
Selain itu, beberapa ketibaan lain adalah seperti berikut:
1. Sri Lankan Airlines, UL314
ETA : 2.05ptg - 3 org
2. Emirates, EK346
ETA : 3.05ptg - 38 org
3. Qatar Airways, QR852
ETA : 8.50mlm - 8 org
Jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang dijangka tiba pada 7 April 2015 adalah seramai 78 orang.
Sehubungan dengan itu, pihak media boleh membuat liputan ketibaan rakyat Malaysia pada waktu seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat sebarang pindaan/perubahan, pihak Kementerian Luar Negeri akan memaklumkannya dari semasa ke semasa.
Sumber : Kementerian Luar Negeri, Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Muhammad Nur Anuar Bin Nordin
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam [JKDA]
Kementerian Luar Negeri
Tel: 03-8887 4084
HP: 017-289 9168
Fax: 03-8889 2726
Emel: mdanuar@kln.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|