Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Khamis 09/04/2015

LIPUTAN MEDIA PERTANDINGAN PIDATO BERSEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN PPZ-MAIWP

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Pertandingan Pidato bersempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun PPZ-MAIWP pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 15 April 2015

Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang

Tempat : Dewan Lestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi KL

Pertandingan Pidato yang dianjurkan PPZ-MAIWP pada kali ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peringkat Sekolah Menengah dan IPTA/IPTS, yang mana terdapat 5 zon Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan yang akan mengambil bahagian beserta 5 IPTA/IPTS.

Turut hadir sebagai juri adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Hj Abdul Hakim Amir Osman, Pendakwah bebas, Ustaz Fauzi Mustafa dan Ketua Juri, Tuan Hj Fadzli Yusof.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Pegawai Kanan Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Mobile : +60 (0)12 5003547
Tel : +60 (0)3 92895757
Faks : +60 (0)3 92895759


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.