Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 13/04/2015

MAKLUMAT TERKINI BERHUBUNG KETIBAAN RAKYAT MALAYSIA YANG DIEVAKUASI DARI YAMAN (ISNIN - 13 APRIL 2015 Dan SELASA-14 APRIL 2015)

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan maklumat terkini berhubung ketibaan rakyat Malaysia yang dievakuasi dari Yaman yang dijangka akan tiba pada Isnin, 13 April 2015 dan Selasa, 14 April 2015 adalah seperti berikut:

1. Qatar Airways, QR 852 (Doha-KUL)
ETA : 8.50 malam (Isnin – 13 April 2015)
Jumlah : 70 orang

2. Qatar Airways, QR 844 (Doha-KUL)
ETA : 8.25 pagi (Selasa-14 April 2015)
Jumlah : 52 orang

3. Qatar Airways, QR 852 (Doha-KUL)
ETA : 8.50 malam (Selasa-14 April 2015)
Jumlah : 46 orang

Jumlah rakyat Malaysia yang dijangka tiba pada Isnin, 13 April 2015 dan Selasa, 14 April 2015 adalah seramai 168 orang.

Kementerian Luar Negeri akan terus memaklumkan sebarang pindaan/perubahan dari semasa ke semasa.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan ketibaan tersebut.


SUMBER : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Muhammad Nur Anuar Bin Nordin
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam [JKDA]
Kementerian Luar Negeri
Tel : 03-8887 4084
HP : 017-289 9168
Faks : 03-8889 2726
Emel : mdanuar@kln.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.