Januari 16, 2026 -Jumaat

 
 
 

Rabu 15/04/2015

HEBAHAN SEMPENA PROMOSI KRAF MALAYSIA DI EAST COAST MALL, KUANTAN PAHANG DAN KULIM LANDMARK CENTRAL, KULIM KEDAH

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2015 peringkat negeri di dua lokasi berbeza seperti berikut:

Promosi Kraf Malaysia di Pusat Beli Belah East Coast Mall, Kuantan Pahang

Tarikh : 21 – 26 April 2015

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Pusat Beli Belah East Coast Mall, Kuantan Pahang

PROGRAM

Aktiviti – Interaktif & Edukraf (mewarna batik, anyaman rotan & tenunan tapestry), Demonstrasi Kraf (ukiran arca & tenun Pahang Diraja), Jualan Produk Kraf dan Persembahan Kebudayaan.


Promosi Kraf Malaysia di Kulim Landmark Central, Kulim, Kedah

Tarikh : 24 April – 3 Mei 2015

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Kulim Landmark Central, Kulim, Kedah

PROGRAM

Aktiviti – Interaktif Kraf (mewarna batik & seramik), Persembahan Kebudayaan dan Jualan Kraf dari 30 usahawan kraf dari pelbagai bidang.


Promosi Kraf Malaysia ini diadakan bertujuan mempromosi produk dan aktiviti kraf kepada penduduk kawasan sekitar selain menggalakkan orang ramai menggunakan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut dan menghebahkan aktiviti ini kepada orang ramai.


SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Urus Setia Media Kraftangan Malaysia
Tel : 03 – 2161 3793


-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.