Januari 16, 2026 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 17/04/2015

HEBAHAN DAN JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI KRAF MALAYSIA DI EAST COST MALL, KUANTAN

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia di Pusat Beli Belah East Coast Mall, Kuantan mulai 21 – 26 April 2015, dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam.

Majlis Sidang Media berkaitan Promosi Kraf Malaysia ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 21 April 2015

Masa : 5.00 petang

Tempat : Ground Floor, Concourse Area East Coast Mall, Kuantan

Bersama : YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Shamsuddin
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan & Kebudayaan Negeri Pahang

Promosi Kraf ini mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian dengan menampilkan aktiviti menarik seperti jualan produk kraf (58 usahawan kraf dalam pelbagai bidang), Pameran Produk Baru, Pendidikan Kraf (mewarna batik, anyaman rotan dan tenunan tapestry) dan Demonstrasi Kraf (ukiran kayu& Tenun Pahang DiRaja).


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sidang Media Promosi Kraf Malaysia serta menghebahkan aktiviti ini kepada orang ramai.


SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7533

Kraftangan Malaysia Pahang
Nama : Encik Safarin
Tel : 09-5384598 / 013-624 8328


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.