|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 17/04/2015
PERSIDANGAN MEJA BULAT PEMERKASAAN INSTITUSI KEFATWAAN MENDEPANI CABARAN SEBAGAI SUMBER RUJUKAN SYARIAH DI MALAYSIA
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat Pemerkasaan Institusi Kefatwaan Mendepani Cabaran Sebagai Sumber Rujukan Syariah di Malaysia pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 21 April 2015
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Besar, IKIM
PROGRAM
9:05-9:15 : Ucapan Alu-aluan
Oleh: YBhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan
Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
9:15-9:45 : Ucapan Perasmian
Oleh: YABhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Pengerusi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
9:45-10:15 : Minum Pagi
10.15-10:55 : SESI I
INSTITUSI KEFATWAAN DI MALAYSIA: CABARAN SEMASA DAN RUANG PEMERKASAAN
YBhg. Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
10:55-11:35 : Institusi Kefatwaan dalam Kerangka Perundangan
YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz
Fellow Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM
11:35-12:15 : Kedududukan Fatwa Dalam Kerangka Ilmu Fiqh dan Usul Fiqh
YBhg. Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran
Fellow Kanan/ Pengarah, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM
12:15-13:00 : Soal Jawab dan Perbincangan
13:00-14:15 : Jamuan Tengahari dan Solat Zuhur
14:15-14:55 : SESI II
MAQASID SHARI’IYYAH DALAM KEFATWAAN: KESEIMBANGAN ANTARA RUJUKAN TRADISI DAN CABARAN LINGKUNGAN
YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Hj. Abd Majid
Dekan, Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa
14:55-15:35 : Kepelbagaian Mazhab dalam Kefatwaan: Kes Malaysia
YBhg. Dr. Hj. Zulkifli bin Muda
Mufti Negeri Terengganu, Jabatan Mufti Negeri Terengganu
15:35-16:15 : Beberapa Peringatan Al-Ghazali Perihal Fatwa dan Mufti
En. Md. Asham bin Ahmad
Fellow Kanan, Pengarah, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik (SYARAK), IKIM
16:15-17:00 : Soal Jawab dan Perbincangan
17:00 : Bersurai
Objektif
- Menyorot kepentingan institusi kefatwaan di Malaysia
- Meninjau keberkesanan fatwa agar menjadi didikan kepada masyarakat
- Melihat kepentingan aliran mazhab dalam metodologi pengeluaran fatwa
- Muhasabah kelompongan dan perjalanan kefatwaan semasa.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sempena Persidangan Meja Bulat tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat
Tel : 03-62046 329/330/331
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|