Januari 16, 2026 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 17/04/2015

IIM: SEMINAR KAMI 2015 : KEPIMPINAN ANAK MUDA INTEGRITI

Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Seminar KAMI 2015 : Kepimpinan Anak Muda Integriti yang bertempat di Auditorium IIM pada 18 April 2015 (Sabtu). Seminar ini dianjurkan sempena dengan Sambutan Ulangtahun IIM dan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang ke-11.

Objektif utama adalah untuk menyebarluaskan mesej integriti dalam kalangan peserta dengan cara menarik dan berkesan, meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan integriti dengan cara yang dan mudah difahami dan mendidik peserta sebagai Duta Integriti dalam kalangan masyarakat.

Pihak IIM berhasrat menjemput tuan/puan menghantar wakil media untuk membuat liputan ke majlis yang akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 18 April 2015

Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi (Forum)

: 11.30 pagi – 1.00 tgh (Bengkel Integriti)

: 2.30 petang – 4.00 petang (Soal Jawab SPRM)

Tempat : Auditorium, Aras 2, Menara Integriti,
Institut Integriti Malaysia,
Persiaran Duta Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur

MASA | PROGRAM

8.00 pg – 9.00 pg : Pendaftaran & Sarapan Pagi

9.00 pg – 9.15 pg : Ucapan Aluan IIM

9.15 pg – 11.30 pg : FORUM INTEGRITI:
PERANAN GENERASI MUDA DALAM MERAKYATKAN AGENDA INTEGRITI

Panel 1: YBrs. Saudara Jufitri Joha
(Anugerah Perdana Belia Negara 2014 &
Tokoh Belia ASEAN 2014)

Panel 2: YBrs. Saudara Ravichandran a/l Balasubramaniam
(Pemegang Emas Anugerah Perdana Belia Negara 2014)

Panel 3 : YBrs. Saudari Myrza Fasha Md Hamyrudin
(Pendaki Everest 2013)

Moderator: YBrs. Saudari Zulaiqa Zulkifli
(Ahli Parlimen Belia)

11.30 pg – 1.00 ptg : BENGKEL INTEGRITI: GENERASI MUDA DAN MASA DEPAN NEGARA

1.00 ptg – 2.30 ptg : Makan Tengahari & Rehat

2.30 ptg – 4.00 ptg : SLOT BERSAMA YBHG DATUK HJ. MUSTAFAR ALI, TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENCEGAHAN) SPRM
(KAMI TANYA SPRM JAWAB)

Ikrar Integriti

Penyerahan Resolusi Program KAMI 2015

4.00 ptg : Minum Petang & Bersurai

Antara barisan panelis adalah Jufitri Joha (Pemegang Anugerah Perdana Belia Negara 2014 dan Tokoh Belia ASEAN 2014), Ravichandran a/l Balasubramaniam (Pemegang Emas Anugerah Perdana Belia Negara 2014), Myrza Fasha Md Hamyrudin (Pendaki Everest 2013) dan Zulaiqa Zulkifli (Ahli Parlimen Belia) sebagai moderator forum yang bertajuk “Peranan Generasi Muda Dalam Merakyatkan Agenda”.

Slot Kami Tanya SPRM Jawab akan diwakili oleh Datuk Hj. Mustafar Ali, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM untuk berdiskusi dengan para peserta tentang isu-isu yang berkaitan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sempena Persidangan Meja Bulat tersebut.

SUMBER: Institut Integriti Malaysia (IIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Rajesh Krishnan
Ketua Penolong Pengarah Unit Korporat & Penyelarasan
Tel : 03-6209 2015 / 019-383 0061
Faks: 03-6209 2017
Emel: rajesh@iim.org.my

Nama: Norsheeda Din
Unit Korporat & Penyelarasan
Tel : 03-6209 2013 / 017-200 9097
Faks: 03-6209 2017
Emel: sheeda@iim.org.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.