Januari 16, 2026 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 17/04/2015

SIDANG MEDIA: PENGUMUMAN SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM) DAN PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) YANG KE-11

Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama IM4U fm akan menganjurkan Program Sambutan Ulangtahun Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang ke-11 pada 23 April 2015 (Khamis), bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Menara Integriti, Persiaran Duta Off Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Program ini melibatkan golongan kanak-kanak, pelajar dan belia dalam usaha IIM untuk merakyatkan agenda integriti. Seramai 250 peserta dijangka hadir.

Oleh yang demikian, IIM akan mengadakan satu sidang media khas bagi menguar-uarkan dan memberi input ringkasan berkaitan program-program sempena Sambutan Hari Ulangtahun IIM dan PIN yang ke-11 kepada pihak media.

Pihak IIM berhasrat menjemput editor / wakil media untuk ke sidang media ini.

Butiran adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 20 April 2015

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Menara Integriti,
Institut Integriti Malaysia,
Persiaran Duta Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur

Untuk makluman, Ybrs. Dr. A. Bakar Sarpon, Timbalan Presiden IIM akan memberi ringkasan dan gambaran berkaitan Sambutan Hari Ulangtahun IIM dan PIN yang ke-11.

SUMBER: Institut Integriti Malaysia (IIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Rajesh Krishnan
Ketua Penolong Pengarah Unit Korporat & Penyelarasan
Tel: 03-6209 2015 / 016-396 5318
Faks: 03-6209 2017
Emel: rajesh@iim.org.my

Nama: Norsheeda Din
Unit Korporat & Penyelarasan
Tel : 03-6209 2014
Faks: 03-6209 2017
Emel: aimi@iim.org.my

Nama: Aimi Farhana Mohd Amin
Unit Korporat & Penyelarasan
Tel : 03-6209 2013
Faks: 03-6209 2017
Emel: rosaliza@iim.org.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.