Januari 16, 2026 -Jumaat

 
 
 

Selasa 21/04/2015

Jemputan Membuat Liputan Sempena Pesta Air Nasional Labuan 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Pesta Air Nasional Labuan 2015 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan mulai 24 hingga 26 April 2015.

Sehubungan itu, pihak Kementerian ingin memohon kerjasama rakan-rakan media untuk membuat liputan sebagaimana ketetapan berikut:

Majlis Perasmian Pesta Air Nasional Labuan

Hari/Tarikh : Sabtu 25 April 2015

Masa : 7.30 malam

Tempat : Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan


PROGRAM PESTA AIR NASIONAL LABUAN 2015

23 April 2015 (Khamis)
1000-1700 : Saringan Voice of Labuan dan Battle of the Band

24 April 2015 (Jumaat)
0800 - 2200 : Pameran dan Jualan
0800 - 1700 : Stand up Paddle
2000 - 2300 : Pertandingan Karaoke (Voice of Labuan)
2000 - 2300 : Battle of the Band
Pocket Show oleh Penari Homestay/Perbadanan Labuan (FOC)

25 April 2015 (Sabtu)
0700-1300 : Flag off Labuan Cross Channel Swimming Competition + Hadiah
0700 - 1700 : Flag off Labuan Fishing Safari
0730 - 0830 : Senam Tari Zumba
0800 - 2200 : Pameran dan Jualan
0800 - 1700 : Stand up Paddle + Hadiah
0800 - 1700 : Panjat Tiang Licin dan Pukul Bantal
0800 - 1700 : Tarik Tali Pantai
0900 - 1700 : Pertunjukan Jetski (Slalom)
0900 - 1700 : Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Dekorasi Kreatif
0900 - 1700 : Sukan Rakyat Homestay
1400 - 1600 : Pertandingan Kutip Bahan Kitar Semula (1MG1MC)
1700 - 1900 : Pameran Ikan
2000 - 2300 : Perasmian dan Penyampaian Hadiah Fishing Safari

26 April 2015 (Ahad)
0700-1600 : Flag off Labuan Round Island Kayak Challenge
0800-2200 : Pameran dan Jualan
0800-1700 : Stand up Paddle
0800 -1700 : Panjat Tiang Licin dan Pukul Bantal
0800-1700 : Tarik Tali Pantai (Akhir)
0800-1700 : Pertandingan Membina Istana Pasir
0800-1700 : Pertandingan Memancing Pesisir Pantai
0900-1700 : Pertunjukan Jetski (Slalom)
0900-1700 : Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Dekorasi Kreatif
0900-1700 : Sukan Rakyat Homestay
1400 - 1600 : Pertandingan Kutip Bahan Kitar Semula (1MG1MC)
1700 : Majlis Selesai

Penganjuran Pesta Air Nasional Labuan mempunyai matlamat utama untuk menggalakkan kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa ke Labuan malah negeri-negeri di sekitarnya seperti Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan tarikan pelancongannya yang tersendiri. Penganjuran pesta air ini juga diharap mampu menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi sukan air pilihan di Asia Tenggara.

Memasuki tahun ke-19 penganjurannya, Pesta Air Nasional Labuan merupakan penanda aras bagi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk mencipta lebih banyak acara yang setaraf dan berpotensi untuk menarik kehadiran pelancong bukan sahaja ke Labuan bahkan semua negeri di Malaysia.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian ini.

SUMBER: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Izaitul Farah
Tel : 012-5506443
Emel : farahibrahim@motac.gov.my

Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Labuan
Tel : 087 422 622

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.