|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 22/04/2015
SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM) DAN PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) YANG KE-11
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama IM4U fm akan menganjurkan Program Sambutan Ulangtahun Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang ke-11 pada 23 April 2015 (Khamis), bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Menara Integriti, Persiaran Duta Off Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Program ini melibatkan kanak-kanak, pelajar sekolah dan belia dalam usaha IIM untuk merakyatkan agenda integriti. Seramai 250 peserta dijangka hadir.
Objektif Program ini bertujuan untuk mendekatkan segenap lapisan masyarakat untuk lebih mengenali IIM.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan warga IIM, rakan Integriti dan masyarakat dalam usaha-usaha menyebar luas agenda integriti dalam kalangan masyarakat.
Pihak IIM menjemput rakan-rakan media untuk membuat liputan dan hadir ke program Sambutan Hari Ulang tahun IIM dan Pelan Integriti Nasional yang ke-11 yang akan berlangsung seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 23 April 2015
Masa : 8.30 pagi- 4.30 petang
Tempat : Menara Integriti,
Institut Integriti Malaysia,
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin off Jalan Tunku
Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
PROGRAM
8.00 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi
PROGRAM PELAJAR SEKOLAH DAN KANAK-KANAK
8.45 pagi : Ucapan aluan oleh -
Ybrs Dr. A Bakar Sarpon
Timbalan Presiden IIM
9.00 pagi : Taklimat dari Unit Kaunseling PDRM “Keselamatan Diri”
9.30 pagi : Pertandingan Melukis & Mewarna
Face painting & Puppet Show
11.30 pagi : Penjurian dan penyampaian hadiah pertadingan melukis dan mewarna
12.00 tengahari : Jamuan Makan
PROGRAM BELIA
11.00 pagi : Forum Integriti dan Sukarelawan
12.30 tengahari : Jamuan Makan
1.30 petang : Fun Games (Kuiz) oleh Street Team iM4U fm
2.00 petang : Live On Air (Outside Broadcast) IM4U fm
3.00 petang : Pertandingan Dodgeball
4.30 petang : Penyampaian Hadiah & Bersurai
Untuk makluman, Ybrs. Dr. A. Bakar Sarpon, Timbalan Presiden IIM akan memberi kata aluan dan seterusnya merasmikan majlis.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian ini.
SUMBER : Institut Integriti Malaysia (IIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Rajesh Krishnan
Ketua Penolong Pengarah Unit Korporat & Penyelarasan
Tel : 03-62092015 / 016-3965318
Faks : 03-62092017
Emel : rajesh@iim.org.my
Nama : Norsheeda Din
Unit Korporat & Penyelarasan
Tel : 03-62092014
Faks : 03-62092017
Emel : aimi@iim.org.my
Nama : Aimi Farhana Mohd Amin
Unit Korporat & Penyelarasan
Tel : 03-62092013
Faks : 03-62092017
Emel : rosaliza@iim.org.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|