|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 22/04/2015
HEBAHAN PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DI PUSAT MEMBELI BELAH MESRA MALL, KEMAMAN, TERENGGANU
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli Belah Mesra Mall, Kemaman, Terengganu seperti mana berikut:
Hari/Tarikh : 30 April hingga 9 Mei 2015 (10 Hari)
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Pusat Membeli Belah, Mesra Mall, Kemaman, Terengganu
Untuk makluman, Promosi Kraf Malaysia ini merupakan acara tahunan yang melibatkan penyertaan usahawan kraf tempatan dalam bidang kraf tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf.Turut diadakan Pameran Produk Kraf, Persembahan Kesenian dan Demonstrasi Kraf Sempoton dan Sape yang didatangkan khas dari Negeri Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli Belah Mesra Mall ini.
SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu
Tel: 09-6171033/034
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|