Januari 16, 2026 -Jumaat

 
 
 

Rabu 22/04/2015

LAWATAN KERJA YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI KE NEGERI TERENGGANU

Sukacita dimaklumkan bahawa Lawatan Kerja YB Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Ke Negeri Terengganu akan diadakan seperti berikut:

22 April 2015 (Rabu)

8.30 malam - Majlis Perjumpaan YB Menteri Bersama
Pengarah-Pengarah Negeri dan Pegawai-Pegawai Jabatan/Agensi Daerah dibawah MOA Inc di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa Kuala Terengganu


23 April 2015 (Khamis)

10.00 pagi - Pelancaran Tapak Pasar Tani Kekal di Tepoh, Kuala Nerus

12.30 tghari - Kunjungan Hormat kepada
YAB Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman Menteri Besar Terengganu di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa Kuala Terengganu

- Menandatangani Perjanjian Persefahaman
(Pembangunan Coral antara Kerajaan Negeri dengan Jabatan Perikanan, UMT dan Yayasan Coral)

3.00 petang - Perjumpaan bersama Pemimpin Peladang,
Penternak dan Nelayan di Perkarangan
Pejabat Peladang, Bukit Payung, Terengganu

4.30 petang - Lawatan ke Tapak Pasar Borong Bukit Payung, Kuala Terengganu


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

Sumber : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Nama : Encik Ahmad Shahranie bin Ahmad Fauzi
Tel : 019-2691416

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.