|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 23/04/2015
PEMETRAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KOPERASI BERNAMA BERHAD DAN ISYNERGY UNIVERSAL SDN BHD PADA HARI SELASA, 28 APRIL 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa satu usahasama akan terjalin antara Koperasi BERNAMA Berhad dan iSynergy Universal Sdn Bhd. Satu memorandum persefahaman telah dideraf untuk memantapkan lagi perkongsian bijak yang akan terjalin demi kepentingan bersama.
Sehubungan itu, satu majlis pemetraian memorandum Koperasi BERNAMA Berhad dan iSynergy Universal Sdn Bhd telah dipersetujui diadakan pada ketetapan seperti berikut :
Hari/Tarikh : Selasa 28 April 2015
Masa : 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Lembaga,
Tingkat 14, Wisma BERNAMA
YBhg. Datuk Zulkefli Salleh dijemput untuk hadir dan seterusnya menandatangani memorandum selaku Pengerusi Koperasi BERNAMA Berhad.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
Sumber : Koperasi BERNAMA Berhad
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Nama : Tuan Syed Khedher Ismail
Pengurus Kanan
Pusat Kecemerlangan BERNAMA
Tel : 03-2050 4550
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|