|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 24/04/2015
SEMINAR "BIODIVERSITI DAN KONSERVASI KRISIS DAN CABARAN PELESTARIAN MASA HADAPAN"
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan seminar “Biodiversiti dan Konservasi Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan” pada ketetapan berikut:
Tarikh : 28-30 April 2015/ 9-11 Rejab 1436H
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Besar,IKIM.
Matlamat
(i) Membahaskan krisis, cabaran dan prospek dalam usaha pemuliharaan dan pelestarian sumber biodiversiti di Malaysia;
(ii) Membincangkan aspek pemuliharaan biodiversiti secara lebih menyeluruh dalam mendepani cabaran semasa ke arah usaha pelestarian sumber secara berkekalan;
(iii) Membincangkan tentang keperluan kerjasama yang berterusan antara pihak-pihak berkepentingan dalam aspek pemuliharaan biodiversiti negara;
(iv) Menyarankan amalan pemuliharaan biodiversiti yang berkesan menurut perspektif dalam demi kesejahtaraan alam sekitar seluruhnya; dan
(v) Memberi pendedahan kepada para peserta untuk mendekati alam semula jadi dan menikmati kebesaran ciptaan Allah secara praktikal melalui aktiviti merentas hutan bagi memahami simbiosis yang berlaku di dalam alam semulajadi.
28 April 2015 (Selasa)
9.05 am : Ucapan Alu-aluan
Oleh: YBhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan
Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
9.15 am : Ucapan Perasmian
Oleh: YABhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Pengerusi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
9.30 am : Ucap Utama
Biodiversiti dan Konservasi: Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan
YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad
Universiti Kebangsaan Malaysia/ Pengerusi-WWF-Malaysia
10.30 am : Jamuan Ringan
SESI I : KRISIS BIODIVERSITI
Moderator : YBhg. Dr. Mohd Zaidi bin Ismail
Felo Utama/ Pengarah, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM
11.00 am : Kertas 1 : Kemerosotan Ekosistem Hutan: Punca dan Implikasi ke atas Biodiversiti
Pembentang : YBhg. Dr. Abd. Rahman Kassim
Ketua Program Geoinformasi, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
11.40 am : Kertas 2 : Kemerosotan Ekosistem Akua: Punca dan Implikasi ke atas Biodiversiti
Pembentang : YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili
Pengerusi, Yayasan Coral Malaysia/ Timbalan Naib Canselor
(Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
12.20 pm : Soal Jawab/ Perbincangan
1.00 pm : Jamuan Tengahari
SESI II: CABARAN SEMASA PELESTARIAN BIODIVERSITI
Moderator : Pn. Azrina binti Sobian
Felo, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM
2.30 pm : Kertas 3 : Kekangan Antara Tuntutan Pembangunan dan pelestarian Sumber: Isu dan Cabaran
Pembentang :YBhg. Prof. Dr. Ahmad Ismail
Pensyarah, Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM)
3.10 pm : Kertas 4 : Pendidikan dan Tahap Kesedaran Masyarakat: Isu dan Cabaran
Pembentang : En. Mohd Istajib Mokhtar
Universiti Malaya
3.50 pm : Soal Jawab/ Perbincangan
4.20 pm : Penangguhan
29 April 2015 (Rabu)
SESI III : AMALAN DAN STRATEGI PEMULIHARAAN BIODIVERSITI DI MALAYSIA
Moderator : En. Nor Azaruddin Husni bin Haji Nuruddin
Felo Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM
8.30 am : Kertas 5 : Pemuliharaan Biodiversiti: Amalan Pengurusan di Malaysia dan Kerjasama Serantau
Pembentang : YBhg. Dr. Mohd Azlan J. Abdul Gulam Azad
Jabatan Zoologi, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber,
Universiti Malaysia Sarawak
9.10 am : Kertas 6 : Pemuliharaan Biodiversiti: Satu Sorotan dari Sudut Pandang Islam
Pembentang : Cik Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin
Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM
9.50 am : Soal Jawab/ Perbincangan
10.30 am : Jamuan Ringan
SESI IV : SISTEM PERUNDANGAN DAN TADBIR URUS
Moderator : YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz
Felo Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik, IKIM
11.00 am : Kertas 7 : Dilema Pengurusan dan Penguatkuasaan Undang-undang Pemuliharaan di Malaysia
Pembentang : En. Abdul Kadir Abu Hashim
Pengarah Penguatkuasaan,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
11.40 am : Kertas 8 : Sejauh Mana Keberkesanan Sistem Perundangan Sedia Ada dalam Pelestarian Sumber Biodiversiti?
Pembentang : Prof. Madya Dr. Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz
Felo Kanan, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
12.20 pm : Soal Jawab/ Perbincangan
1.00 pm : Jamuan Tengahari
SESI V : PENDIDIKAN DAN KESEDARAN: PROSPEK MASA HADAPAN
Moderator : YBhg. Dr. Mohd Farid Shahran
Felo Kanan/ Pengarah, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik, IKIM
2.30 pm : Kertas 9 : Sejauh Mana sistem Pendidikan Semasa Membantu dalam Usaha Pemuliharaan?
Pembentang : YBhg. Datuk Dr. Haili Dolhan
Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
3.10 pm : Kertas 10 : Sejauh Mana Pendekatan Agama Mampu Mendidik dan Memupuk Kesedaran Masyarakat dalam Usaha Pemuliharaan?
Pembentang : YBhg. Dr. Mohd Zuhdi Marsuki
Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Universiti Malaya
3.50 pm : Soal Jawab/ Perbincangan
4.30 pm : Penangguhan
30 April 2015 (Khamis)
9.00 am : Aktiviti Merentas hutan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sempena seminar tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Tel : 03 – 6204 6329/ 6331/ 012-309 4427
Nama : Puan Suzanahwati bt Sanil
Tel : 013-2288 992/ 03-6204 6330
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|