Januari 16, 2026 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 24/04/2015

AGROBANK : HARI BERSAMA KOMUNITI FELDA

Adalah dimaklumkan Agrobank akan mengadakan “Hari Bersama Komuniti Felda” yang akan dirasmikan oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, YB Dato’ Sri Ismail Sabri B Yaakob pada:

Hari/Tarikh : Isnin 27 April 2015

Masa : 2.30 petang – 5.00 petang

Tempat : Wisma JKKR Keratong 3, Bandar Tun Razak, Pahang


Program:

1:30 petang : Pendaftaran Peserta
2:00 petang : “Sembang Usahawan”
2:45 petang : Ketibaan Tetamu Kehormat
3:00 petang : Ketibaan YB Dato’ Sri Ismail Sabri B Yaakob, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani
: Lagu Negaraku
: Lagu Korporat Agrobank
3:05 petang : Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
3:10 petang : Ucapan oleh:
- YB Datuk Wan Kadri Wan Mahussin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bukit Ibam
: Ucapan perasmian oleh:
- YB Dato’ Sri Ismail Sabri B Yaakob, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani
3:45 petang : Penyampaian “Mock Card” Takaful Kasih kepada Wakil Penduduk
3:50 petang : Penyampaian Surat Tawaran
4:00 petang : Jamuan Minum Petang
: Tamat


Untuk makluman, program ini merupakan salah satu aktiviti Agrobank untuk masyarakat setempat. Di majlis ini juga, YBM akan menyampaikan “Mock Card” Takaful Kasih kepada wakil penduduk setempat dan surat tawaran kepada pelanggan Agrobank Bandar Tun Razak. Majlis ini dijangka akan dihadiri oleh 300 orang penduduk.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.

SUMBER : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Syarifah Syameen
Eksekutif Perhubungan Awam
Tel : 012-310 1766

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.