Januari 16, 2026 -Jumaat

 
 
 

Sabtu 25/04/2015

AGROBANK : HARI BERSAMA KOMUNITI PERMATANG PAUH

Adalah dimaklumkan Agrobank akan mengadakan “Hari Bersama Komuniti Permatang Pauh” yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, YB Dato’ Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman (YBTM).

Hari/Tarikh : Selasa 28 April 2015

Masa : 2.00 petang – 4.00 petang

Tempat : Dewan Tapak Ekspo Seberang Jaya, Permatang Pauh, Pulau Pinang


Program :

1:30 petang : Pendaftaran Peserta
2:00 petang : Ketibaan Tetamu Kehormat
2:30 petang : Ketibaan YB Dato’ Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman
Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani
- Lagu Negaraku
- Lagu Korporat Agrobank
2:35 petang : Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
2:40 petang : Ucapan perasmian oleh:
YB Dato’ Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman
Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani
3:15 petang : Penyampaian “Mock Card” Takaful Kasih kepada Wakil Penduduk
3:30 petang : Penyampaian Surat Tawaran
4:00 petang : Jamuan Minum Petang
: Tamat


Di majlis ini juga, YBTM akan menyampaikan kad perlindungan kemalangan diri, Takaful Kasih Agrobank kepada wakil penduduk setempat dan surat tawaran kepada pelanggan Agrobank. Majlis ini dijangka akan dihadiri oleh 200 orang penduduk.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.

SUMBER : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Norzuleana Abd Razak
Eksekutif Perhubungan Awam
Tel : 012-271 2537

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.