Januari 16, 2026 -Jumaat

 
 
 

Isnin 27/04/2015

SIDANG MEDIA MAJLIS MESRA PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT & PENYAMPAIAN BANTUAN SARAHIDUP PESERTA PROJEK TANAM SEMULA FELCRA BERHAD KAWASAN ANAK ENDAU ROMPIN

Adalah dimaklumkan bahawa Pengurusan FELCRA Berhad akan mengadakan Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat & Penyampaian Bantuan Sarahidup Peserta Projek Tanam Semula Felcra Berhad Kawasan Anak Endau Rompin yang akan disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 28 April 2015

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Majlis Daerah Rompin


Program :

9.00 pagi : Ketibaan Peserta / Staf & Masyarakat Setempat
9.30 pagi : Ketibaan Dif-dif Jemputan
9.45 pagi : Ketibaan Yang Bhg Dato’ Hj Ramlee bin Abu Bakar
Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad
10.00 pagi : Ketibaan YB Dato’ Seri Hj Mohd Shafie bin Hj Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Bacaan Doa
- Ucapan aluan oleh Yang Berhormat Dato’Hj Johari Bin Haji Hussain
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap ADUN Tioman
- Ucapan Oleh Yang Bhg Dato’ Hj Ramlee bin Abu Bakar
Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad
- Ucapan Oleh YB Dato’ Seri Hj Mohd Shafie bin Hj Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Penyampaian Bantuan Sarahidup Kepada Peserta Projek Tanam Semula FELCRA Berhad Kawasan Anak Endau Rompin
- Jamuan Makan Tengahari
12.30 Tgh : Bersurai
12.45 Tgh : YB Menteri Bergerak Ke Kg. Perpat Bagi Mengadakan Lawatan Ke 10 Buah Rumah dan Menyempurnakan Majlis Penyerahan Bakul Makanan & Sijil Bantuan Pembaikan Rumah CSR Berjumlah RM5,000.00/rumah.
2.00 Ptg : YB Menteri Bergerak Balik Ke Kuala Lumpur.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan ini.

SUMBER : FELCRA Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Rosidah Mohamed Jusin
Tel : 012-5093989

Nama : Encik Wan Mhd. Pandi Wan Daud
Tel : 019-2401427

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.