|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 29/04/2015
JEMPUTAN MAJLIS PERASMIAN SEMINAR MENANGANI HISTERIA SEMUDAH ABC DAN PELANCARAN KIT ANTI HISTERIA
Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan melancarkan Kit Anti Histeria dan Perasmian Seminar Menangani Histeria Semudah ABC. Majlis akan dirasmikan Profesor Dato’ Dr. Asma binti Ismail, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia pada ketetapan berikut;
Hari/Tarikh : Khamis 30 April 2015
Masa : 11.30 pagi
Tempat: Dewan Zaaba, Kementerian Pendidikan Malaysia Presint 5 Putrajaya
Program:
11.00 pagi : Ketibaan Tetamu
11.15 pagi : Ketibaan Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim,
Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang
11.20 pagi : Ketibaan Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Asma binti Ismail
Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia
11.30 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-Aluan oleh Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang
: Ucapan Perasmian dan Pelancaran Kit Anti-Histeria oleh
Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Asma binti Ismail
Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia
: Penyampaian Cenderamata
: Lawatan ke Booth Pameran
1.00 petang : Jamuan Tengah Hari
: Bersurai
Latar belakang Seminar dan Kit Anti Histeria
1. Kejadian histeria yang sering berlaku di institusi-institusi pengajian seperti sekolah, politeknik, kolej dan universiti-universiti di Malaysia mengundang pelbagai stigma dan keresahan dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak terlibat untuk menanganinya termasuklah menggunakan khidmat pengamal-pengamal perubatan tradisional dan juga pakar psikologi.
2. Menyedari isu ini, UMP telah menghasilkan Kit Anti-Histeria dengan matlamat untuk membantu pihak-pihak berkaitan khususnya institusi-institusi pengajian untuk menangani kes-kes histeria yang berlaku dengan mudah, cepat dan selamat.
3. Pelancaran Kit Anti Histeria dan penganjuran seminar ini adalah satu pendedahan hasil penyelidikan oleh UMP kepada masyarakat dalam usaha menangani kes-kes histeria di Malaysia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan majlis ini.
SUMBER: UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Mimi Rabita Abdul Wahit
Pegawai Perhubungan Awam dan Media
Universiti Malaysia Pahang
Tel : 09-5493174/ 0199887321
-BERNAMA |
|
|
|
|
|