|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 11/05/2015
Majlis Makan Malam Sempena Persaraan Pengurus Besar PERNAMA, Datuk Ab Wahab Bin Khalil
Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), akan mengadakan Majlis Makan Malam bersempena dengan persaraan Datuk Ab Wahab Khalil yang telah secara rasminya bersara pada 30 April yang lalu setelah 25 tahun 4 bulan berkhidmat sebagai Pengurus Besar PERNAMA.
Maklumat majlis seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 12 Mei 2015
Masa : 8.00 malam
Tempat : Taming Sari Grand Ballroom, The Royal Chulan, Kuala Lumpur
Tema : To Sir With Love
Pakaian : Batik (lelaki), Baju kurung, kebaya / yang sopan (wanita)
PROGRAM
8.00 malam - Ketibaan tetamu
8.30 malam - Ketibaan YBhg Datuk Ab Wahab Khalil bersama VVIP ke ruang majlis
8.35 malam - Nyanyian Lagu Dondang Sayang Mambo
8.40 malam - Bacaan Doa
8.50 malam - Ucapan Aluan oleh Pengerusi PERNAMA
YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Abd Aziz bin Hj Zainal (B)
9.00 malam - ‘Food Presentation’ oleh The Royale Chulan
9.10 malam - Makan Malam bermula
9.20 malam - Persembahan daripada Kombo D’ASWA
9.35 malam - Persembahan PERNAMA
- My Way
- To Sir, With Love
9.45 malam - Persembahan Artis Jemputan – Dayang Nurfaizah
10.10 malam - Persembahan daripada Kombo D’ASWA
10.20 malam - Persembahan Artis Jemputan – Dayang Nurfaizah
10.30 malam - Persembahan PERNAMA
Keindahan Pantai
10.40 malam - Ucapan oleh YBhg Datuk Ab Wahab Khalil
11.00 malam - Persembahan PERNAMA + Dayang Nurfaizah
Dimana Kan Ku Cari Ganti
- Tetamu Kenamaan meninggalkan majlis
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi menghadiri majlis makan malam ini dan seterusnya membuat liputan bagi mengwar-warkan persaraan Yang Berbahagia Datuk Ab Wahab Khalil.
SUMBER : PERWIRA NIAGA MALAYSIA (PERNAMA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
NAMA : SHAHRINA MAISARAH JAFFAR
PENGURUS
KHIDMAT PEMASARAN
PERWIRA NIAGA MALAYSIA
TEL : 019 666 4992
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|