Januari 16, 2026 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 22/05/2015

MAJLIS CABARAN MEMANCING TAMAN SAINS SELANGOR 2 (SSP2) PKNS 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengadakan Majlis Cabaran Memancing Taman Sains Selangor 2 (SSP2) PKNS 2015.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 24 Mei 2015

Masa : 12.30 tengah hari

Tempat : Taman Selangor Sains 2, Cyberjaya
(Berhadapan tapak projek Vega Residensi PKNS)

Hadiah wang tunai RM50,000 bakal menanti para pemenang pada Cabaran Memancing Taman Sains Selangor 2 (SSP2) PKNS 2015 yang bakal dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 24 Mei depan.

Tujuan cabaran ini diadakan adalah bagi mempromosikan bandar ke-11 PKNS, iaitu SSP2 kepada kaki pancing seluruh negara.

Sasaran tahun ini adalah seramai 2,800 penyertaan iaitu melebihi penyertaan sebelum ini dan yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 bagi setiap satu joran.Ikan patin dan ikan keli seberat 1 tan telah dilepaskan pada 18 Mei lalu.

Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Pengurus Besar PKNS, Tuan Haji Azlan Md Alifiah.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.


SUMBER: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RSVP SILA HUBUNGI:
Nama: Amalia
Tel : 03-5520 1234 / samb 1708
Telefon Bimbit: 017-309 6519

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.