|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 26/05/2015
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA FELDA DENGAN PTPTN
Adalah memaklumkan kepada pihak tuan, FELDA akan mengadakan satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan pihak PTPTN mengikut ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 27 Mei 2015
Masa : 11:30 tengahari sehingga 01:30 Petang
Tempat : Grand Ballroom, Menara FELDA, Kuala Lumpur
Memorandum Persefahaman yang akan dimeterai ini adalah bagi tujuan menjalin hubungan kerjasama di antara FELDA dan PTPTN dalam pemberian pembiayaan pendidikan serta faedah pengurangan bayaran balik pembiayaan pendidikan bagi program pengajian di institusi pendidikan tinggi dalam negara.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.
SUMBER: FELDA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Mohd Khairul Izwan bin Abdullah Sani
Mobile : 014-815 5940
Nama : Encik Amir Aizat Ahmad
Mobile: 013-351 3027
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|