Januari 16, 2026 -Jumaat

 
 
 

Selasa 26/05/2015

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN 2015 OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI MERANGKAP PENGERUSI MAIWP

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 2015 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : Selasa 2 Jun 2015 / 15 Sya'aban 1436H

Masa : 12.30 tengah hari

Tempat : Grand Ballroom, Tingkat 2, Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur

Majlis penyerahan ini akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP, Y.B. Mej. Jen. Dato' Seri Haji Jamil Khir Haji Baharom (B).

Turut sama hadir dalam majlis ini, Pengerusi PPZ- MAIWP, Datuk Hj Che Mat Che Ali dan wakil-wakil korporat bagi koperasi yang bakal menyerahkan zakat perniagaan mereka.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat (PPZ)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Pegawai Kanan Perhubungan Awam,
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel : 012 500 3547 / 03 9289 5757
Fax : 03 9289 5759
Emel : haliza@zakat.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.