Januari 16, 2026 -Jumaat

 
 
 

Rabu 27/05/2015

LIPUTAN LAWATAN RASMI YAB PERDANA MENTERI KE ARAB SAUDI, 6 HINGGA 8 JUN 2015

Kementerian Luar Negeri, Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Arab Saudi pada 6 hingga 8 Jun 2015.

Kementerian Luar Negeri dengan hormatnya menjemput wakil-wakil media untuk membuat liputan terhadap lawatan YAB Perdana Menteri tersebut.

LAWATAN RASMI YAB PERDANA MENTERI KE ARAB SAUDI

Hari/Tarikh : Sabtu hingga Isnin 6 hingga 8 Jun 2015

Wakil-wakil media adalah dikehendaki untuk mengemukakan dokumen seperti di bawah berserta dengan dokumen asal dibawa bersama-sama semasa liputan:

a) Senarai Peralatan;

b) Satu salinan pasport (muka surat maklumat peribadi);

c) Surat tugasan yang telah disahkan oleh Ketua Pengarang atau Eksekutif daripada organisasi wakil media tersebut; dan

d) Satu salinan gambar bersaiz pasport (dalam format JPEG).

Mohon kerjasama dan jasa baik Tuan/Puan supaya maklumat berkenaan yang dimohon seperti di atas dapat dipanjangkan dengan kadar segera kepada (Penyelaras Logistik) dan c.c. kepada (Pegawai Perhubungan Media bagi Lawatan):

Penyelaras Logistik
Nama : Cik Syazwani Abd. Latif
Emel : syazwani.abd@kln.gov.my
Tel : 03-8887 4188

Pegawai Perhubungan Media bagi Lawatan
Nama : Azreey Abu Kassim
Emel : azreey@kln.gov.my


*Untuk makluman Tuan/Puan juga, visa perlu dimohon dengan kadar segera untuk memasuki Arab Saudi bagi wakil media yang akan membuat liputan lawatan ini. Permohonan visa boleh dilakukan di Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan rasmi ini.


SUMBER : Kementerian Luar Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kassim
Penolong Pengarah
Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Tel : 03-8887 4180 / 014-6633896
Faks : 03-8889 2726


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.