Januari 16, 2026 -Jumaat

 
 
 

Khamis 28/05/2015

HEBAHAN DAN JEMPUTAN KE LAWATAN BERPANDU MEDIA SEMPENA PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015

Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia bermula 28 Mei hingga 06 Jun 2015 dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan.

Lawatan Berpandu Media ke Promosi ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 30 Mei 2015

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Atrium Centre, KB Mall,
Kota Bharu, Kelantan

Tetamu : Encik Juhari bin Azmi,
Pengarah Kraftangan Malaysia
Cawangan Kelantan

Untuk makluman, promosi ini diadakan bertujuan mempromosikan produk kraf tempatan bagi memenuhi pasaran domestik. Malah kunjungan pelancong dari luar negara juga turut berpeluang melihat keunikan produk kraf tempatan yang dianjurkan di lokasi pusat membeli - belah tumpuan ramai ini. Seramai 61 orang usahawan mengambil bahagian dalam promosi ini menerusi aktiviti seperti Jualan Kraf, Pakat Main Selut dan Persembahan Kebudayaan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Aida
Tel : 019 - 946 8050

Nama : Fouzee
Tel : 019 - 958 0448

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.