Januari 15, 2026 -Khamis

 
 
 

Khamis 28/05/2015

JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA FESTIVAL KRAF PERAK

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Sidang Media Festival Kraf Perak pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 30 Mei 2015

Masa : 4.00 petang

Tempat : Dataran Menara Condong,
Teluk Intan, Perak

Tetamu : Encik Mohd Noor Effendy bin Abdul Karim
Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak

Untuk makluman, Festival Kraf Perak di Dataran Menara Condong ini berlangsung dari 30 Mei – 7 Jun 2015, dari jam 9.30 pagi – 10.00 malam dengan mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian. Promosi ini melibatkan penyertaan seramai 55 orang usahawan kraf dari seluruh negara meliputi aktiviti jualan produk kraf dalam pelbagai bidang, pendidikan kraf (bercorak pendidikan ‘Do It Yourself’), demonstrasi pembuatan produk kraf dan persembahan kesenian.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Kraftangan Malaysia Cawangan Perak
Nama : Puan Mai Hafizatul
Tel : 012-244 8845 / 05-757 6200
Faks : 05-757 6295

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.