Januari 15, 2026 -Khamis

 
 
 

Khamis 28/05/2015

KARNIVAL SERLAHKAN KEHEBATAN 4.0 PERHIMPUNAN MOTOR MODEN, RETRO, DAN KERETA DAN JUGA MAJLIS BELIA MALAYSIA BERMOTOSIKAL BERSELAWAT DI DATARAN MAHKOTA, KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA. JOHOR DARUL TAKZIM

Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor, bersama Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Pertubuhan Usahawan Generasi FELDA Malaysia, akan mengadakan program Karnival Serlahkan Kehebatan 4.0 Perhimpunan Motor Moden, Retro dan Kereta dan juga Majlis Belia Malaysia Bermotosikal Berselawat (Malam Cinta Allah dan Rasul) seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat & Sabtu 29 & 30 Mei 2015 (Perhimpunan Motor Moden & Retro)

: Malam 30 hb Mei 2015 (Belia Bermotosikal Berselawat)

Hari/Tarikh : Ahad 31 hb Mei 2015 (Perhimpunan Kereta)

Masa : 8.00 pagi hingga 11.30 malam

Tempat : Dataran Mahkota, Kota Iskandar, Nusajaya, Johor


Untuk makluman tuan, terdapat banyak program bagi belia-belia bermotor bersama jabatan-jabatan penguatkuasa dan juga jabatan-jabatan kerajaan yang terbabit di dalam perhimpunan ini. Antara yang turut sama terlibat adalah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Majlis Agama Islam Negeri Johor (program pengisian kerohanian) dan lain-lain lagi jabatan yang berkaitan akan turut sama menjayakan program ini.

Bagi memecahkan Malaysian Book of Record, kali ini dijangka sebanyak 30,000 buah motor jenis moden dan retro akan hadir pada 30 hb Mei 2015 serta 10,000 buah kereta (pelbagai jenis) akan hadir pada 31 hb Mei 2015 bagi membanjiri Dataran Mahkota, Kota Iskandar, Nusajaya, Johor.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Karnival Serlahkan Kehebatan 4.0 ini.


SUMBER : FELDA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Tel : 07-8601058 dan 012-7253886
Email : serlahkankehebatan@gmail.com


-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.