|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 09/06/2015
LIPUTAN PROGRAM PENUTUP SAHABAT ZAKAT TOUCH N GO DAN PPZ-MAIWP DENGAN KERJASAMA TELEKOM MALAYSIA
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Pogram penutup Sahabat Zakat pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 15 Jun 2015
Masa : 12.00 tgh - 2.00 petang
Tempat : Dewan Kristal 1, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 50672, Kuala Lumpur
Turut diselitkan 'Bicara Si Fakir di Bulan Ramadan'
Program penutup ini akan dihadiri beberapa selebriti dakwah dan wakil-wakil dari Touch n Go Sdn Bhd dan Telekom Malaysia. Turut hadir bagi upacara perasmian penutup adalah Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-500 3547
-BERNAMA |
|
|
|
|
|